Wednesday, 29 April 2015

#3 : Teluk Intan gemar bercerita

Aku berkesempatan melawat rumah ibu bapa ungu di teluk Intan. Ungu pelik kenapa aku beriya-iya ingin pergi ke rumah dy. Bagi aku, aku perlu berjumpa dgn famili dy. Andai mereka selESA dgn aku, maka tidak susah utk aku teruskan perhubungan kami walaupun seandainya hanya sekadar Kawan. Biar aku mengambil dan menerima aura-aura yg positif dlm hidup ungu sebagaimana aku penah hadir dlm kehidupan famili Lai. Aku ingin wujudkan kemesraan itu. Sesampainya aku di Teluk Intan, ungu bawa aku ke pusat bandar di mana terletaknya menara condong teluk Intan. Aku dpt tgok keunikan menara itu dan tertarik utk melukis suasana di teluk Intan. Bagi aku, pekan itu penuh dgn nostalgia dgn bangunan-bangunan lama diselangseli dgn kemajuan sistem kedai baru. Maka dpt aku simpulkan pekan tersebut punya semua kelengkapan spt mana bandar2 di tempat lain cuma tidak lah semaju KL. Dy bawa pula aku ke sekolah rendahnya.  Sek.rendah sungai tungku. Sekolah luar bandar katanya, masih ad kelas2 yg dperbuat drpd papan2 yg menandakan sekolah Itu telah lama dibina. Aku suka. Aku gembira ungu sudi menunjukkan sekolahnya kerana kataku kpdnya, aku sorang yg gemar melawat sekolah dan institusi pendidikan laen. Ungu pula layan kan aku shj dgn membawa aku ke sekolah lama ibunya mengajar, sek.ren. permatang. Mengharungi lorong sempit yg dikelilingi bendang dan jalan yg berselut x mematahkan smgt kami utk aku melihat benda yg baru dan untuk ungu mengimbas kenangan lalu. Agak lewat juga kami smpai ke rumah ungu. Aku disambut mesra oleh ayah dan ibunya, serta adik bongsunya. Tertampak rindu di wajah ibu bapanya kpd dy. Dan aku terimbas kenangan ketika Arwah Abah menyambut kepulangan aku ke kg ku. Dan dalam masa yg sma, rindu kpd ibuku yg berseorangan di kg bercambah-cambah.

   Aku cuba ambik kesempatan utk melakukan aktiviti bersama dgn ungu. Ada satu pagi, aku ajak ungu keluar utk membeli nasik lemak. Dy membonceng dan aku membawa motor ayahnya. Aku rs bahagia ad org yg memegangku dr blkg. Dan kdg2 aku paksa dy peluk aku. Dan yg lebih kelakar, ungu bengang dgn aku bila aku troz direct ajak dy ke pasar teluk intan utk membeli brg keperluan memasak utk tgahari. Apa yg dibengangkannya adalah dy tidak pakai pakaian yg proper. Dan dy ckp itu kali pertama dy gamble ke pasar dgn pakaian yg sebegitu. Aku gembira. Tapi aku sendiri tidak tahu apa yg ungu rasa. Adakah dy berperasaan spt aku. Bahagiakah dy.

   Kami belajar masak bersama-sama.Aku suka dan cinta suasana itu Aku suka dan cinta suasana itu. Dibiarkan berdua di dapur. Aku sempat mencuri peluang memeluknya dari belakang. Dy merajuk aku membahannya, melihat pandangan tajam merajuknya buatkan aku jatuh cinta lg. Melihat dy begitu teliti dlm menyediakan bahan-bahan untuk memasak membuatkan aku begitu tenggelam dlm mimpi yg aku cipta ini. Dy begitu berbeza dr aku. Sifatnya yg lain dr aku, ad persamaan tp terdapat perbezaan dlm persamaan Itu. Contoh plg dkt, kami msg2 suka mkn bahagian ayam tight KFC. Apabila kami order 2 set lunch set KFC, cara kami mkn am at berbeza.. Aku suka mkn dgn mencampurkan semua benda dlm satu ms. Aku cuba variety kan deria rasa aku dgn makan berselang seli. Dy akan habiskan satu2 dish dlm satu masa kemudian mkn dish lain. Dy akan mkn conselow sehingga habis kmudian bru akan mkn dish lain satu persatu. Betapa aku adalah sorg yg berkecamuk n dy pula sgt teliti.

  Detik yg mengujakan aku lg, apabila dy aku pksa utk bangun bancuhkan aku air Milo dan sediakan makanan utk aku di kala pukul 3 pg. Di Kala matanya tidak mampu terbuka pun. Aku saja gedik mengada-ngada. Kerana aku ingin rasakan perasaan dy sbg surirumah tanggaku. Aku membangunkan dy dengan perlahan- lahan.. Dgn terpisat-pisat mata, dy bgun mengikut kehendakku. Tanpa merungut dan merengus,dy melakukannya dgn rela. Ungu, aku tahu kau mengambil berat pasal semua org. Mungkin kau akan memberi layanan yg sma jg kpd org laen. Tapi aku tetap bahagia. Aku menghayati rasa bahagia ini. Meluangkan masa dgnmu adalah kebahagiaanku. Mengetahui kau takut atau sedih itulah kerisauanku. Ungu, kau telah menghadirkan kembali rasa aku yg telah hilang 7 tahun lalu. Kau lebih bertuah dari Lai dan aku bertuah kau hadir dlm hidup aku. Aku mahu memberi ruang sebanyak yg mungkin untukmu. Memaksamu tidak akan membawa kebaikan kepada hubungan kita. Kita tiada tafsiran apakah status kita ini..


No comments:

Post a Comment