Malam ini aku tidur bertemankan Cahaya lampu yg terang. Sungguh aku benci tidur dalam Cahaya, aku lebih Suka kan kegelapan. Kalau boleh aku tidak mahu segaris Cahaya pun masuk dlm kelopak mataku. Namun, malam ini, seperti malam 2 3 mgu lepas juga, di mana hati aku kecewa dgn apa yg berlaku, aku tidur dlm cahaya. Aku rasa seperti tidak mampu untuk tidur dalam gelap. Rasa spt cahaya itu sebagai peneman kekuatan aku. Menjadi pasangan aku. Menyelimut diriku dgn habanya yg panas. Walaupun aku akan kerap terjaga. Tapi ada juga cahaya untuk menemani aku. kerana kegelapan itu pasti akan mendatangkan mimpi2 yg mengerikan. Seandainya mimpi itu indah sekalipun, pasti ia hanya akan berkitar mengenai perasaan aku dan bila aku dlm kewarasan, akan hadirlah siku-siku kesakitan menyekeh kepala aku yg menyatakan itu hanya mimpi.
P/s 1: kadang-kadang diam itu perlu. Pada waktu dan ketika tertentu.ttidak perlu meluahkan rasa sendiri di Kala org laen gembira untuk tidak memusnahkan mood dan kebahagiaan mereka.
P/s 2 : smpai bila aku harus bersembunyi. Segala pendustaan telah terzahir. blog ini adalah apa yg terbuku dLM hatiku.
P/s 3 : kita mungkin terlalu banyak perbezaan. Sampaikan kau rasa kita tidak mungkin serasi bersama. Sedangkan aku, aku adalah manusia yg fleksibel. Yg sentiasa cuba melengkapi pasangan aku dgn segala kekurangan aku dan pasangan aku ada. Itu sifatku yg lembut dgn pasanganku.Mungkin kau rasa kau banyak berpura-pura untuk menjaga hatiku, sedangkan aku hanya berharap kau akan jujur dgn dirimu. Apa yg kau rasa tidak suka seharusnya kau tunjuk, aku bukan mencari pelakon theater. Bukan juga mencari seorang robot untuk berkongsi rasa. Aku mencari manusia yg ada rasa. Dan kali ini, aku juga mencari manusia yg jujur dgn perasaannya. Andai kau jujur dgn perasaanmu, pasti kau akan jujur juga dgn aku. Aku tidak akan mengulangi kesalahan aku menipu. Ini janji ku. Aku tidak mahu dibelenggu dgn rasa bersalah lagi.
P/s 4 : Lai, kau tahu kan apa punca perpisahan kita. hujah-hujah aku yg menyatakan yg salah itu adalah kau hanya lah alasan aku sendiri. Dulu, aku hanya mahu kau di sisiku, kau tahu kan aku tidak suka berseorangan. Aku sunyi. Aku sepi. Aku bosan. Sedangkan kau di sana jarang akan merasa seperti aku sebab kau dikelilingi oleh keluarga kau yg penyayang itu. Sedikit demi sedikit rasa sunyi itu menghakis kasih sayang yg kau hamburkan kepadaku. Sampaikan aku membungkus semua memori kita selama 7 tahun itu dan meletakkannya di sudut plg dalam otakku. Entah boleh dikeluarkan lagi ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment