Thursday, 20 August 2015

#42 : ku harap kau mengerti


Dear Lai..

Malam ni.. Seperti malam2 sebelumnya, I masih sendiri. Hanya ditemani bunga-bunga entah sudi ntah tidak, untuk dipetik oleh ladybird seperti I. Dan malam ini tidaklah seperti biasa. Apa yg luar biasanya ialah u sudah tidak text I seperti selalu. I tahu u masih tidak dapat menerima kenyataan, bahawa bekas kekasihku u ini telah lama tawar hati. Walaupun hati I belum terisi dgn sesiapa, I tidak juga mampu menjadikan u sebagai pengubat hati. I tidak mahu lagi u salah paham. Yg ada antara kita hanya ada perasaan sayang. Tiada lagi cinta untuk u seperti tujuh tahun yg lepas,Di saat kita muda remaja, masih bergelak ketawa dlm dunia khayalan kita. Sunyi juga hati I. Rindu juga diri I ini kpd u Lai. Namun, I tidak akan menjanjikan bulan dan bintang kpd u. I takut, andai kita berpasangan kembali, kesilapan demi kesilapan yg sma akan berulang. Dan hati I telah sakit. Dan I tahu juga u juga akan sakit kembali.

Jadi Lai, hari ini I pohon untuk u move on dgn tenang..

Tuesday, 11 August 2015

#41 : Teman Baru

Cinta yg dtg.. Kenapa ia mendesahku.. Aku hanya ingin berteman.. Tapi, mampukah aku berseorangan bila berteman itu.. Pada saat cinta itu hadir, aku juga inginkan kehadiran pemunya cintaku.. Aku ingin semai dgn kasih syg yg tidak perlu diraih. Sentiasa wujud pd bila n ketikanya..

U... I don't know what my feeling towards u.. But.. Sejak u hadir dlm hidup I, u telah berjaya buatkan I lupa ttg luka lama dan kesakitan yg berbekas. N, I pernah fikir yg xkan ada manusia yg akan ambik berat pasal I sebaik Ungu dan Lai. Namun, u patahkan tanggapan I itu. Kebaikan n keprihatinan u terhadap I, I rasa bukan dibuat-buat. Kadang2 I paranoid. Disebabkan nama  kamu berdua yg sama itu, I takut, u juga akan melukakan hati I. Sungguh I x sanggup diluka lg dlm waktu sebegini. Saat u tanyakan apakah status kita, I tiada jwpnnya. Kerana, cinta itu belum tercipta lg dlm hati I untuk u. Namun, I percaya, ia telah terdetik jua. Salam sayang dari arjuni cantek, di waktu subuh hening yg hujannya berderap berirama serupa menyuruh hati kanda merasa bahagia dgn dinda..

Wahai pemunya cintaku.. Adakah mahu kau menyilang jarimu dgn jariku.. Kerana cinta kamu telah melilit hatiku.. Menjadi sarungan yg menghangat tubuhku.

WELCOME TO MY LIFE

Sunday, 2 August 2015

#40 : Sungkur

Hari ini.. Pagi ini.. Aku tersungkur lg. Kau juga yg aku terbayangkan saat aku melihat benda itu. Aku bersedih. Aku terbayangkan kau yg kesakitan. Sakit sesakitnya. Melakukan sesuatu benda tanpa kerelaan itu amat menyakitkan. Tiada nikmatnya, tiada girangnya bila kau dipaksa sebegitu. Terbayangkan mimik muka kau yg menahan kesakitan, tanpa aku sedar air mata ku mengalir. Aku turut merasakan kepedihan itu. Aku pernah mengatakan, seandainya aku hadir lebih awal dlm hidup kau, aku tidak akan membiarkan perkara sebegini berlaku. Tidak tahulah kau menganggap aku serius atau tidak.. Aku terbuai-buai dgn emosi aku, kerana aku seorang yg picturise, semua ingatan aku adalah berdasarkan gambar-gambar yg bisu tanpa kata-kata. Dan setiap selakan gambar itu, pastilah akan terpapar wajah kau.. Aku sudah cuba membuang ingatan tentang kau jauh2, agar aku dapat kurangkan rasa di hati ini, namun ia terus meluru datang.. Aku terus berdoa, andai jodoh kita itu memang benar ada, dan ia panjang walaupun bukan untuk selama-lamanya, biarlah rasa yg sama mekar di hati aku.