Sunday, 2 August 2015

#40 : Sungkur

Hari ini.. Pagi ini.. Aku tersungkur lg. Kau juga yg aku terbayangkan saat aku melihat benda itu. Aku bersedih. Aku terbayangkan kau yg kesakitan. Sakit sesakitnya. Melakukan sesuatu benda tanpa kerelaan itu amat menyakitkan. Tiada nikmatnya, tiada girangnya bila kau dipaksa sebegitu. Terbayangkan mimik muka kau yg menahan kesakitan, tanpa aku sedar air mata ku mengalir. Aku turut merasakan kepedihan itu. Aku pernah mengatakan, seandainya aku hadir lebih awal dlm hidup kau, aku tidak akan membiarkan perkara sebegini berlaku. Tidak tahulah kau menganggap aku serius atau tidak.. Aku terbuai-buai dgn emosi aku, kerana aku seorang yg picturise, semua ingatan aku adalah berdasarkan gambar-gambar yg bisu tanpa kata-kata. Dan setiap selakan gambar itu, pastilah akan terpapar wajah kau.. Aku sudah cuba membuang ingatan tentang kau jauh2, agar aku dapat kurangkan rasa di hati ini, namun ia terus meluru datang.. Aku terus berdoa, andai jodoh kita itu memang benar ada, dan ia panjang walaupun bukan untuk selama-lamanya, biarlah rasa yg sama mekar di hati aku.

No comments:

Post a Comment