Dear sayang.. B tak sangka. Syg juga yg begitu mencintai B sepenuh hati. Walau berkerap kali B kecewakan syg, syg tetap sabar menanti B. Berkali2 B kalah dgn panahan cinta sang bunga yg laen. Namun syg tetap menunggu B. Syg dengar sendu B dikala B dikecewakan oleh orang lain. Namun syg masih lembut membelai jiwa B. Membelai dalam perli mungkin. Hahahaha. Syg, semalam, 1 September 2015, hasil kesabaran syg, B lamar balik syg. Setelah 6 bulan kita berpisah. Kita janji untuk berubah. Untuk hidup bersama selama yg mungkin. Selagi ajal dan jodoh belum menjemput. Selagi itulah kita akan bersama. B sendiri pun terkejut, bagaimana syg debungakan balik cinta yg kita pernah ada ini di hati B. B pernah cakap B tawar hati dgn syg. Dan B sendiri pernah mohon syg untuk move on. Telah B ungkapkan segala kesalahan B, tapi syg masih menerima buruk baik B. Syg seolah2 tidak menganggap bahawa kesilapan B itu tidak pernah wujud.
Tapi syg, B takut kehilangan syg. Atas sebab itulah, B pergi meninggalkan syg dulu. B jadi selfish. Dan sekarang, mungkin dh sampai masa untuk B menjadi manusia yg redha, untuk menerima hakikat bahawa satu masa nanti, syg akan tinggalkan B juga. Mungkin dlm masa 2 3 tahun ini. Siapa tahu kan syg. Di saat B mendekati bunga-bunga yg lain, mereka sedar bahawa kasih B kpd syg xpernah pudar, untuk meleraikan ikatan antara kita pun B tak mampu. B minta syg jgn tinggalkan B dan kekal jadi BFF B, walaupun B sedar permintaan itu sgt selfish. Kerana bagaimana dgn hati syg seandainya syg masih kekal di sekitar B. Benarlah kata Ungu, andai kita halal berkahwin, sudah lama B lamar syg dgn akadnya sekali. Tidak akan B berkeliaran terbang merayau mencari bunga yg laen.
Syg, kita sudah banyak perancangan yg sama, dan ikatan yg wujud antara kita akan kekal hingga hujung hayat. Samada ia nyata mahupun pudar, namun benang yg mengikat pasti akan meninggalkan bekas dalam hati kita. Semalam, saat B melamar syg, B telah lupakan rasa kpd bunga-bunga lain yg pernah wujud dlm hidup B sepanjang ketiadaan syg. Marilah kita bahagia bersama syg. Andai cinta ini halal, ingin B khabarkan kpd seluruh dunia bahawa kita telah kembali bersatu. Tiada orang lain yg mampu memahami B sebaik syg dan tidak ada juga yg mampu bersabar dan meneka helah serta rentak B sebaik syg. Wahai sygku, sungguh B cintakan syg.
P/s : 1 September 2015 menjadi saksi Arjuni Chantek telah melamar si Laila Hati nya kembali..
No comments:
Post a Comment