Friday, 31 July 2015
#39 : aku yg lemah
Saat ini, aku sdg nenangis térkenangkan Arwah abahku. Mahu sahaja aku cepat-cepat dail nombor Ungu untuk melepaskan rasa di benakku. Selalunya Ungulah yg akan mendengar celotehku, bercerita kesalahan demi kesalahan yg aku telah lakukan kpd abahku. Tapi mengingatkan janji ku kepada Ungu dan kata-kataku kepada Kay, aku membatalkan niatku.Aku mengadu kpd Lai melalui text, dan mahu juga aku menaliponnya, tapi sudah pastilah aku tidak akan puas menghamburkan tangisanku, dia pasti akan menyuruh aku jangan melayan sgt pasaan sedih yg aku ada ini. Dalam keadaan sakit ini, aku cuba berehat dgn tidur. Dan dalam tidur Siang inilah aku bermimpi didatangi Arwah abahku. Saat itu, aku melihat abah di rumah usang kami, sedang melakukan aktiviti kegemarannya, iaitu mengemas rumah. Aku terus meluru ke arah abah dan kataku, "abah, Juni rindu sgt dekat abah." Dan kataku lagi, "abah, betoi ka abah hidup semula." Tuhan sahaja tahu perasaan rindu aku terhadap abah bagaikan membuak-buak.. Aku akan puas andai ada orang yg mahu mendengar luahan hati ini yg sungguh tidak dibuat-buat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment