its already 1am, and esok will be kenduri arwah genap 2 tahun arwah abah meninggal. Tapi aku, mata ini belum mampu dipejam, takut untuk memejamkan mata. Takut bayangan yg sama datang menerjah, takut mimpi yang sama berputar-putar. Semalam aku ada nightmare, yg aku rasa bahananya sampai aku bangun pagi dalam keadaan yg lenguh n ngeri n takut. Ini bukan kali pertama tetapi ia tidaklah seteruk aku bermimpi pasal 2 org kenalan aku ini. Malam itu, mungkin aku terlalu penat, terlalu letih menemani M pulang ke rumahnya, dan dia confess sesuatu ttg dirinya kepada aku. Katanya akulah org pertama yg diceritakan rahsia itu. Dan ditambah juga dgn esakan F yg bertalu-talu terngiang-ngiang di telingaku. Malam itu aku bermimpi, kedua-dua kenalanku itu datang dalam berpakaian pengantin, English dress up. hurm, tidak sanggup aku gambarkan apa yg telah berlaku dlm mmpiku itu, yg aku tahu, it is really horrible. Sampaikan aku bangun dalam keadaan teresak-esak, takut memikirkan apa yg bakal terjadi kpd insan2 yg aku sayang itu. F memujuk aku, menenangkan aku, katanya aku terlampau banyak berfikir. Iya, sememangnya aku banyak berfikir, dan aku sendiri yg memaksa diri aku berfikir, sebab aku care pasal mereka. Aku tidak akan membiarkan apa2 yg buruk kembali terjadi kpd mereka, terutama F.
p/s1 : Mel text aku, katanya ingin turun ke utara bersama partnernya utk berjumpa aku. Mel lupa yg aku ini bukanlah naif. Andai dia banyak tipu muslihat, aku juga pandai bermain dlm permainannya.
p/s2 : Semoga esok majlis berjalan dgn lancar. Abah, I miss u a lot, n I still remember my promise that I whisper to your ear when you are in comma stage. I won't let u down.
Aku tahu Aku Tahu Aku Tahu Aku Salah,
Tuk memintamu tuk menungguku
Aku tahu Aku Tahu Aku Tahu Aku Salah,
Ini egoku menggantungkanmu
Kumohon sabar sabar sebentar beri aku waktu,
Tuk meninggalkan cinta lama yg masih bersamaku
Bukan maksud ku untuk mempermainkan dirimu
Cobalah kau mengerti keadaan ini
Karena hanya kau yg bisa memahami semua ini
Sedih dan air mata tak dapat ku tahan
Aku kan datang tuk hapus air matamu
Aku kan datang
Andai boleh diputarkan masa, aku ingin menyanyikan lagu ini kepada Ungu..
Friday, 29 May 2015
Thursday, 28 May 2015
#16 : Penilaian
Manusia ini menjadi kuat apabila diuji dgn pelbagai ujian. Dan aku, terlahir sbg manusia yg suka menguji dan diuji. Selalunya akulah yg menguji. Walaupun untuk menjadi kawan aku, ada ujian yg aku sediakan. Aku menilai buruk dan baiknya seseorang Itu utk menjadi teman aku, andai dy buruk , mahukah dy berubah. Dan andai dy baik, mahukah dy membantu org lain yg memerlukan perubahan. Begitulah penilaian aku dlm memcari kawan. Aku bukan hanya mencari kawan, malah aku lebih kpd mencari sahabat. Begitulah juga cinta, Lai dahulu juga, 7 tahun dulu aku pernah menguji dirinya. Dan setelah aku Uji, aku terima dy dgn buruk baiknya. Sebegitulah jua Ungu, akad yg sama juga tersemat di hati setelah aku Uji dirinya. Dan saat hati ini redha melepaskannya, aku sediakan juga satu ujian utk mengetahui perihal dirinya mampu atau tidak untuk mengharung ombak yg ganas sekalipun. Dan dy telah melepasinya. Dan aku bangga akan pencapaiannya itu.
BIarlah merpati terbang,
Mengepak kuat sayapnya,
Jangan digari kakinya,
Dia tahu mana destinasinya.
Saturday, 23 May 2015
#15 : berteman
Rasa ingin bercinta ini begitu kuat, rasa ingin berteman ini melonjak-lonjak di dalam hatiku. Kadang2 ia membutakan kerasionalanku Kerap benar aku terjaga dari tidur, tanpa disapa mimpi alam fantasi. yang tinggal hanya mimpi2 yang berkitar mengenai harapan dan impian. Dan apabila aku bangkit dari kematian sementara itu, mahu benar rasanya hatiku, biar ada orang yang benar-benar, orang yg betul-betul, orang yang memang-memang wujud, beradu di sebelahku. Perasaan itu mencengkam dadaku. Ingin benar aku ada penemannya. Aku berimpian, seandainya air matanya jatuh ketika dia dalam ketiduran itu bahana mimpinya yg dasyat, mahu benar aku bangun untuk memujuk hatinya, merangkulnya dari belakang, menyebarkan haba kehangatan untuk menenangkan hatinya, dan sebegitulah juga dia kuharap dapat bertindak. Andai dia mengadu dia penat, stress mengadap kehidupan hariannya, ingiku urut ubun-ubun kepalanya dengan lembut dan menyelesakan,agar hilang semua rasa yang menyesakkan itu. Melarik belakang badannya, menghilangkan kerut-kerut kelenguhan. Aku semampunya tidak mahu dia menanggung beban itu berseorangan, bukankah tujuan perkongsian hidup ini sendiri adalah untuk berkongsi semua rasa. Andai dia marah dan kecewa, aku akan dengarkan sahaja. Menadah telinga tanpa meningkah celotehnya. Mungkin ada silapku di mana-mana, yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Andai dibiarkan sahaja dia dengan rajuknya, pasti hatinya akan melara pergi dan hati yang tidak terpujuk itu aku tahu, dan aku sedar sangat impaknya, kerana aku sendiri telah merasa.
Tuesday, 19 May 2015
#14: seruan
'Hai mental blocking, awk dkt mna. Sy perlukan awak sangat2 sekarang.' Aku selalu mendakwa yg aku punya ingatan yg tersekat, memori dulu- dulu tidak mampu aku putarkan kembali. Sehingga aku hilang rasa kepada Lai pun, memory waktu bersama seperti terkubur. Apabila hati diruntun sahaja, aku menyelak kembali gambar2 lama kami bersama. Tetapi, sekarang, dgn dia, seperti gambar2 itu muncul dlm kotak mindaku. Merayu supaya tidak dilupuskan dari minda. Bukan sahaja merayu, malah seolah berakar tunjang dlm otakku. Bila ia kerap secara tidak sengaja diflashback, hati terasa sakit. Hati terasa sebak memanjang. Iya, bagi aku. Manusia macam aku. Yg kesetiaan itu bersemadi dlm diri, walaupun otak aku pandai menyekat memori, namun hati aku akan mengambil masa utk hilangkan rasa ini. Dan aku, kali ini, ingin menyeru kau, wahai mental blocking, menjelmalah.
Ps1: bos cakap aku kena cepat2 beli superbike, supaya apabila aku berjumpa customer, dorang akan memandang tinggi kepada aku. Senang untuk marketing. Aku tanya bos, apa relevannya. Kenapa bukan kereta mewah. Justifikasinya, kereta mewah boleh disewa dan motosikal mewah tidak ada yg disewakan. Makanya, orang yg mampu miliki superbike sudah tentu orang yg berada dan bisnesnya establish. Conclusion, bos tidak pernah memandang aku sebagai sorang perempuan, malah hanya seorang lelaki baginya. Dan aku rasa bertuah dgn pandangan itu krn aku tidak akan didiskriminasi. Yeah!!
Ps2: Lai Marah kan aku. Katanya, aku minta dia terima aku sebagai kawan. Tetapi mengapa aku tidak mampu melayan dia sebagai kawan, malah nampak seperti musuh, kerana perihalnya aku yg banyak mendiam diri
Ps3: lewat pagi jam 5, Lai alih tempat tidurnya ke sebelahku. Dia merapat kpd aku. Dan aku, banyak kali berkira-kira tindakan yg bagaimana harus aku berikan. Dan aku, memeluknya seperti memeluk Lin. Memegang erat tangannya. Baru ku sedar kelembutan tangannya. Hati ini berdebar, tapi tak mungkin aku berpatah balik untuk mencipta rasa. Biarlah. Lai hanya akan aku anggap sebagai adik. Bak kata Lin, dia hanya perlukan kasih sayang dan perhatian. Dan begitulah yg semampu aku lakukan untuk Lai.
Ps1: bos cakap aku kena cepat2 beli superbike, supaya apabila aku berjumpa customer, dorang akan memandang tinggi kepada aku. Senang untuk marketing. Aku tanya bos, apa relevannya. Kenapa bukan kereta mewah. Justifikasinya, kereta mewah boleh disewa dan motosikal mewah tidak ada yg disewakan. Makanya, orang yg mampu miliki superbike sudah tentu orang yg berada dan bisnesnya establish. Conclusion, bos tidak pernah memandang aku sebagai sorang perempuan, malah hanya seorang lelaki baginya. Dan aku rasa bertuah dgn pandangan itu krn aku tidak akan didiskriminasi. Yeah!!
Ps2: Lai Marah kan aku. Katanya, aku minta dia terima aku sebagai kawan. Tetapi mengapa aku tidak mampu melayan dia sebagai kawan, malah nampak seperti musuh, kerana perihalnya aku yg banyak mendiam diri
Ps3: lewat pagi jam 5, Lai alih tempat tidurnya ke sebelahku. Dia merapat kpd aku. Dan aku, banyak kali berkira-kira tindakan yg bagaimana harus aku berikan. Dan aku, memeluknya seperti memeluk Lin. Memegang erat tangannya. Baru ku sedar kelembutan tangannya. Hati ini berdebar, tapi tak mungkin aku berpatah balik untuk mencipta rasa. Biarlah. Lai hanya akan aku anggap sebagai adik. Bak kata Lin, dia hanya perlukan kasih sayang dan perhatian. Dan begitulah yg semampu aku lakukan untuk Lai.
Monday, 18 May 2015
#13: Pentomin
Lai mahu bertemu aku. Dia mencipta pelbagai alasan supaya aku pergi berjumpa dengannya. Sedangkan aku, bagaimana aku? Apakah yg akan aku lakukan? Arghhhh.. Gusar. Hati ini sudah tiada rasa benar, sudah tawar hati benar. Bagaimana aku mahu berpura-pura? Bagaimana mahu berlakon? Aku takut bila ketemu nanti, dia akan mengalirkan air mata kecewa. Kecewa kerana aku, insan yg berdiri di depannya itu, sudah tiada rasa kepadanya sedangkan dia masih berharap. Tidak mampu rasanya aku sebab aku juga pernah dikecewa dan aku tahu betapa rasa sakitnya.Lai pasti dapat mengenal gerak geri mimik muka aku yg berpura-pura itu. Dia kenal aku luar dan dalam. Tak mungkin aku menipu. Tapi desakan demi desakan untuk berjumpa.. Hurm..hurm..hurm.. Membuatkan helaan nafas aku berpanjangan. Aku juga belum bersedia untuk berjumpa dengannya. Perempuan yg pernah ku sentuh, bagaimana mahu bersemuka mengatakan aku tiada rasa. Mahu sahaja aku menulis surat, ataupun menggunakan pen dan kertas sebagai medium bahasa isyarat. Tapi tidak pula sesekali aku mahu memusnahkan perasaan gembiranya. Dan kesimpulannya, di mana tiada apa yg bleh disimpulkan lagi setelah aku timbang tara baik dan buruknya, aku harus berlakon sebaik mungkin bahawa aku gembira berjumpa Lai. Tapi pada masa yg sama, aku tidak mahu memberi harapan kepadanya. Dia harus sedar yg dia telah hilang dari kehidupan aku setahun setengah yg lepas.
Nightmare: Terjaga dari tidur, nightmare yg aku alami di TI seperti menjelma kembali. Ia ibarat dejavu. Insan2 yg aku sayang, aku harap engkau sejahteralah di mana sahaja engkau berada dgn kehidupan yg engkau pilih.
Siren : Aku yg terbiasa terjaga atau dikejutkan pada pukul 5 pagi, seperti ada automatic alarm clock dlm otak aku yg terus mengejutkan aku setiap pagi.
Bisnes: bro kereta sewa, boleh paham tak bila orang annoying dengan kau cakap besar n cakap buruk pasal orang lain. Alahai manusia..
Nightmare: Terjaga dari tidur, nightmare yg aku alami di TI seperti menjelma kembali. Ia ibarat dejavu. Insan2 yg aku sayang, aku harap engkau sejahteralah di mana sahaja engkau berada dgn kehidupan yg engkau pilih.
Siren : Aku yg terbiasa terjaga atau dikejutkan pada pukul 5 pagi, seperti ada automatic alarm clock dlm otak aku yg terus mengejutkan aku setiap pagi.
Bisnes: bro kereta sewa, boleh paham tak bila orang annoying dengan kau cakap besar n cakap buruk pasal orang lain. Alahai manusia..
#12: Perjalanan
Penat.. Letih..lelah.. Perjalanan menaiki kereta dr kl ke utara n utara ke kl agak memenatkan sejak dua menjak ini. Aku mungkin sudah tua. Tulang sudah krup krap krup krap. Mgkin Tulang-temulang aku juga sudah tidak berfungsi selari dengan Minda. Aku ingin menjadi penjelajah dunia. Menghilangkan kesepian yg aku rasa. Dear my future partner, I hope u can be patience with my working life style. I will always have a lot of time for u. But I will also leave u temporary for our stability. Bersabarlah sayang, B akan beri n lakukan segalanya untuk sayang. B bukan mengejar kebahagiaan yg sementara, tapi B mahukan kebahagian yg lama seboleh-bolehnya. Jadi, B mohon sayang mengerti.. Andai satu masa nanti sayang muncul, B akan cerita kan segala-galanya kepada sayang. B tidak mungkin melakukan kesilapan yg sama lg. Membahagikan hati B kepada dua lapisan. Sayang akan jadi satu-satunya dalam hati B..
Penat, mahu tidur. Mal, tq kerana sering ada di sisi aku. Lin, keja bek2 na mlm2 ni. Buka mata luas2.
Sunday, 17 May 2015
#11 : Pemutusan Pilihan
Engkau berhak memilih. Memilih jalan yg engkau rasa engkau akan capai bahagia pada penghujung jalan itu. Dan aku tidak ada hak langsung untuk menghalang kau menggapai kebahagiaan yg kau impikan. Kerana aku tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang andai engkau bersamaku. Jalan yg aku ada di dalamnya, aku adalah si diktator yg merantai orang untuk mengikut arahanku. Nampak seperti tiada rasionalnya untuk mengikut caraku.. Aku tidak mampu menjadi pendamping kerana rasaku ini lebih dari itu. Tidak mampu aku berpura-pura bahawa hatiku ini sering menyebut namamu. Kadang-kadang orang meninggalkanmu, n kadang-kadang engkau meninggalkan orang laen dalam tak sadarmu. Dan kau telah meninggalkan aku terlebih dahulu. Meninggalkan rasa yg sama kita ada dulu atas kesalahanku dan juga untuk bersama orang yg diinginimu. Aku tidak mampu menjanjikan bahagia selalu tetapi aku menjanjikan setia yg seboleh waktu. Dan aku mahu, kau rendahkan EGOmu..
It is not about JUST YOU ANYMORE
Akan aku simpan rindu ini dalam bulatan hatiku
It is not about JUST YOU ANYMORE
Akan aku simpan rindu ini dalam bulatan hatiku
Saturday, 9 May 2015
10# : Ringkasan
Flashback; Sempat menjengah ke rumah buah hati Mal bersama Ungu.. Mal stress, aku tahu. Cuma aku pinta kepadamu Mal, kau lakarlah apa yg bakal kau lakukan. Cuma pasti kan kau takkan menyesal di kemudian hari.. Ungu belikan aiskrim bersama lollipop atas permintaan Mal sebelum melawatinya. Aku temani Ungu ke Tesco pd pukul 11pm yg aku sdiri katakan kepada diriku, it is rare at this time I manage to go to Tesco. Dan sesungguhnya suasana yg aku rasa di Tesco para waktu sebegitu adlh lain drpd waktu biasa aku membeli belah di Tesco. Aku rasakan suasana yg lengang, dan amat mudah bagiku menarik tangan Ungu untuk berpimpin tangan dgn ku. Dia seperti biasa tidak menolak tindakanku itu. Aku rasa bahagia yg bermacam-macam rasa, bagaikan ada bunga api yg meletup-letup dlm hatiku. Aku suka memerhatikan Ungu. Memerhatikan keletahnya memilih barangan. Walaupun barangan yg mahu dipilih hanyalah aiskrim dan lolipop, dy begitu tekun sekali memilih. Begitu teliti melihat kandungan barangan tersebut. Katanya, "lollipop ini ada berbagai rasa, Mal mahu yg perisanya strawberry dan orange. Chuppa cup ini yg mmg the best lolipop". Hanya melihat lolipop mampu buat dy teruja. Teruja utk memberi kpd orang yg dihargainya dan memujuk hati orang itu. Ungu2, kau sangat prihatin. Tiba di rumah Dada iaitu partner Mal, Ungu troz meluru ke arah Mal. Memerhatikan keadaan Mal. Selepas semua kembali tenang, aku mengajak Ungu berbaring di sebelahku. Memeluknya dari belakang memberi aku ketenangan. Melepaskan lelah di benak hati. Banyak rasa yg perlu dirahsia dan tidak harus diungkap. Mungkin bukan sekarang utk ku luah. Menggaulinya selembut yg ku mampu. Membuatkan dy selesa berada di sampingku itu yg aku utamakan. 5.30am kemudian, kita berasingan bergerak ke haluan masing2. Aku meluru deras ke kg halamanku atas dasar kerja dan rindu kepada ibuku. Kau pula ke tempat kerja di mana kasihmu disalurkan dan keprihatinanmu dihargai dan dibayar dgn senyum tangis si anak kecil. Kita masing2 tidak cukup tidur dan kau tidak dapat mengawal emosimu pd hari itu. Terima kasih kau sanggup menemaniku dari jauh spjg perjalananku untuk mengelakkan aku mengantuk semasa memandu berseorangan itu yg mana benda yg aku paling tidak gemar lakukan.
P/s 1 :Ungu tgh berseorangan berada di pasar malam shah alam ketika ini. Aku teringat kali pertama aku memimpin tangan Ungu di pasar malam, berjalan dgn gahnya, selayaknya suami dan isteri yg romantik di dlm suasana pasar malam yg sesak.
P/s 2 :Lin, terima kasih menemaniku seharian. Aku sayangkan kau tak lebih dari perasaan kasih seorang kakak kepada adiknya
P/s 3 :Happy mother's day omma. May Allah bless u with happiness n prosperity. It time for our family to move on.
P/s 4 : Mal, aku tau kau masih tak stabil. Hilangkan ia dgn melakukan aktiviti yg kau suka beb
P/s 1 :Ungu tgh berseorangan berada di pasar malam shah alam ketika ini. Aku teringat kali pertama aku memimpin tangan Ungu di pasar malam, berjalan dgn gahnya, selayaknya suami dan isteri yg romantik di dlm suasana pasar malam yg sesak.
P/s 2 :Lin, terima kasih menemaniku seharian. Aku sayangkan kau tak lebih dari perasaan kasih seorang kakak kepada adiknya
P/s 3 :Happy mother's day omma. May Allah bless u with happiness n prosperity. It time for our family to move on.
P/s 4 : Mal, aku tau kau masih tak stabil. Hilangkan ia dgn melakukan aktiviti yg kau suka beb
Wednesday, 6 May 2015
#9 : Lelah
Kadang-kadang kaki melangkah longlai. Aku rasa hanya mampu berbaring. Deria rasa hilang seketika. Aku rasa ingin isolate. Jauh.. Diam.. Senyap.. Sunyi.. Sepi.. Kundasang, tempat yang paling diingini sekarang. Rasa mahu terbang. Ataupun muncul sekelip mata di Kundasang. Aku pinta kpd Lin tadi. Kataku kepadanya, "Lin, kau tolonglah jadikan poket doremon itu wujud agar aku boleh merentas masa". Aku ingin benar skrg berada di Kundasang. Menghilangkan segala gundah di hati. Menjelmakan kembali karya-karya yang telah aku baca garapan Ramlee Awang Murshid yg banyaknya berlaku di Borneo ini. Kundasang, aku cinta kepada kesejukanmu. Aku suka kepada kesepianmu. Aku rindu kepada hela nafasku yg kuhembus ketika aku berpijak di atas muka bumimu. Tapi Kundasang, aku tidak mahu sendiri ketika aku menziarahimu nanti. Aku mahu bersama-sama pasanganku ketika melewatimu. Suasana ceria yg aku dambakan ketika itu. Misteri yg kau sembunyikan dalam dirimu Kundasang, aku mahu kisahkan kepada legasiku. Dan banyak yg aku ingin hamburkan ketika itu nanti. Kau simpanlah kata-kataku Kundasang, sedalam-dalam benakmu. Kau tempat yg menenangkan. Dan aku harap aku akan menjejaki kembar-kembarmu seantero dunia. Mungkin aku tidak akan lewati kau lagi Kundasang, tapi aku mohon kau khabarkan kedatanganku kepada mereka-mereka rakan seperjuanganmu yang aku akan tiba nanti meninggalkan kesan jejak kakiku.
Nota Kaki : Ada yang mendamba jawapan justifikasiku dan ada yang diam membisu..
Nota Kaki : Ada yang mendamba jawapan justifikasiku dan ada yang diam membisu..
Sunday, 3 May 2015
#8 : cuti tak bosan???
Sepanjang kedewasaan ini, pantang cuti pasti akal bijak mengatur aktiviti yg bakal dibuat sepanjang hari.. Dulu, slps graduate, aku tinggal bersama Lai dan teman2 lain. Aku lah si perancang aktiviti hari cuti kami, kalau tidak ke bandar membeli belah, kami akan habiskan masa dgn aktiviti memasak, dan pergi berkelah. Tempat feveret, Sungai Congkak.. Namun kini, pantang aku ada dekat rumah pada hari cuti, pasti adikku akan mengajukan soalan bertubi2. "Juni, hg tak keluar ka?", "juni, xda ka kawan2 hg ajak hg keluar?". Aku bagi jawapan yg logik dek akal. Aku kata, "bila org dh umur camni, org dh xda ramai kwn untuk keluar melepak. Kawan2 semua ad komitmen masing2." What a liar. Aku keluar minggu2 sebelum ini untuk menghabiskan masa bersama Ungu. Untuk mengenali diri Ungu. Tapi sekarang, sudah Tiba masanya aku kurangkan masa bersama Ungu. Aku perlu Biarkan Ungu bersama putera saktinya, menghabiskan masa bersama2. Amarah putera saktinya dapat ku rasa apabila aku mencuri masa Ungu untuk bersama. Logik jugak dek akal kenapa perlu timbulnya amarah itu. Mal cakap kepadaku. "Setelah mereka isytihar berpasangan, hang dah x layak Juni untuk berkata apa2". Mal banyak suruh aku redha. Lepaskan andai tidak mahu terus tersiksa. Mal, hang kawan yg baik Mal. Selalu menyokong saat aku rasa bagai dunia dan seisinya mentertawakan aku.. Ungu, kau tahu apa yg aku rasa. Aku bersyukur kau jujur dgn hati dan perasaan kau. Dan aku selalu jujur dgn hati dan perasaan aku juga. Putera saktimu tak dapat aku tandingi. Siapalah aku hendak menentang kekuatannya..
P/s : at least ada something great happen in my business cycle. I gain foreigner customers and please pray for my success.
P/s : at least ada something great happen in my business cycle. I gain foreigner customers and please pray for my success.
Saturday, 2 May 2015
#7 : Garapan tidur
Chenta, pukul 4 pagi kanda terjaga dari tidur. Bangun dan memikirkan dinda wahai chenta. Setelah paras rasionalisasi kanda tiba, kanda harap tindakan kanda ini betol. Kanda harap dengan membiarkan dinda mengikut lelaki yg menunggang kuda hitam itu, dinda akan lebih bahagia. Saat kanda lepaskan pegangan tangan dinda dari kanda, kanda tahu kanda sudah tidak berdaya lagi wahai dindaku chenta. Kanda bukan tiada rasa, tapi kerana penuh dgn rasa inilah, membiarkan dinda pergi adalah satu-satunya jalan yg kanda rasa betul.. Kanda sadar, dgn melihat kuda hitamnya yg gah shj, kanda tahu dy pilihan yg benar utk dinda. Biarlah kanda berteleku di hujung jalan ini. Kanda akan duduk diam membisu. Biarlah kanda di sini, kanda akan mempersiapkan mahligai indah yg pernah kanda kanvaskan dlu, dan akan sentiasa menunggu dinda kembali, untuk menghuninya nanti. Biar dinda sentiasa merasa cukup dgn kanda. Saat itu, kanda mohon. Bukalah hati dinda seluas-luasnya, untuk merasa hangatnya cinta kanda. Kita tuam hati dinda agar menjadi fragile, menjadi spounge yg akan menyerap benih-benih cinta kanda ini dan akan mengeluarkan semua kuman2 hati apabila dipicit. Dinda, andai nanti dinda dtg dengan apapun, kanda tidak kisah. Kanda akan terima dinda kembali dgn tangan yg terbuka. Kanda tidak menyalahkan dinda. Kanda lah yg salah kerana penah menduakan dinda saat awal perkenalan kita, dan sudah tiba masanya kanda terima sakitnya apabila di dua. Dinda, kanda fikir, memang tiada lagi suri yg layak untuk bertahta di hati kanda selain dinda. Sementelah itu kanda tunggu dinda untuk sama-sama menghiasi kemeriahan mahligai yg kanda bina dgn kehadiran sang putera dan si puteri.. Dinda, kanda minta izin dlu. Sakitnya merindu ini kanda akan ubati dgn bersyukur kerana Tuhan masih kurniakan kanda perasaan. Reseptor2 hati kanda masih berdenyut. Dinda, tidurlah dalam dakapannya seolah-olah tiada siapa yg wujud menghalang. Selamat malam adindaku chenta, Kehidupan bukan seindah yg dibayangkan tetapi bleh digapai dgn adanya angan2..
P/s : Lai minta kanda menerimanya kembali. Kanda diam kerana kanda tiada jwpn. Yg kanda sdar, kanda sudah tiada rasa.
P/s : Lai minta kanda menerimanya kembali. Kanda diam kerana kanda tiada jwpn. Yg kanda sdar, kanda sudah tiada rasa.
Friday, 1 May 2015
#6: ia menyesakkan
Ungu.. Malam ni aku rs x sihat. Sejuk kaki n tgn. Lagi sejuk bila aku dgr kau keluar dgn Kay. Aku xmmpu pun nk Marah kan kau. Mcm aku kata, kau berhak bahagia. Cuma aku, dgn depresi ini, seperti tidak dpt dihilangkan lg. Aku rs semua yg ad sekelilingku ini palsu belaka.. Sukar aku menerima. Otak aku sukar menghadam apa yg kau terjemahkan td. Kau selalu bertanya, teruk sgt ke engkau smpai membuatkan aku dan jay jadi tak menentu. Jwpn aku, ya! Maafkan aku. Aku tidak akan menipu. Kalau ramai org yg salah anggap akan keprihatinan engkau ini, maka akan lagi bersalah engkau rasa. Aku ingin kau selalu waspada, kerana setiap tindakan pasti ada akibatnya. Ini yg banyak aku belajar dr OS..Aku begitu direct, mgkin ini sebab kau tidak dpt menerima kelantangan suaraku. Aku bukan tidak suka kau menasihatiku, cuma aku tidak bersedia mendengar kau menasihatiku di depan Kay. Aku juga egois. Aku tidak suka nmpk rendah di depan Kay. Aku tidak mahu nmpk lemah di depan Kay. Kay adalah seseorang yg engkau patut banggakan. Her pride made whose she are right now.
#rindu roti teluk Intan. Lpas muntah rasa nk telan roti benggali yg sdap lg lemak berkrim..
#rindu roti teluk Intan. Lpas muntah rasa nk telan roti benggali yg sdap lg lemak berkrim..
#5: istiqamah cinta
Tuhan.. Aku juga ingin bercinta. Aku juga mahu merasa bahagia. Tapi aku si pendosa. Yg tidak pernah mahu jauh dari rahmatmu. Aku tahu, Engkau tidak suka aku bercinta senget ini, tapi bagaimana mahu aku berhenti. Tuhan, cinta senget ini memang pelik, dan permintaanku kpdMu, hari demi hari juga semakin pelik. Aku pinta kpdMu, Biarkan cinta senget aku kpd ungu, Biarkan ia Segar membugar. Jgn pernah layu walaupun dy tidak mencintaiku. Aku mohon kpdmu, Jgn penah biarkan aku dan Ungu sesaat pun lupakan Engkau yg sentiasa memerhati. Saat kami hilang arah, jangan Engkau hilangkan pengharapan itu. Aku tahu Engkau tuhanku, sentiasa mahu kami kembali ke dakapanMu.
Ungu, ingatlah pesananku dari jauh ini. Kita sama-sama jaga hati kita. Jangan Biarkan ia mati kerana tusukan cinta yg berduri. Andai tunas2 hati semakin mati dan menghitam, marilah kita semai dgn nur, biar ia kembali segar. Tuhan kita ini sentiasa menjaga kita. Saat kita tiada sesiapa, Tuhan kita sentiasa ada. Panggilah dy, rintihlah kpd dy, aku tahu kau tidak mampu menanggung kesakitan lagi, dan aku dan Kay, pasti tiada ubatnya. Kecuali kau minta kpd Tuhan kita ini.
Dont lose faith. N don't lose hope. Salam sayang dari aku. Juni yg sentiasa kasih kpdmu Ungu.
Ungu, ingatlah pesananku dari jauh ini. Kita sama-sama jaga hati kita. Jangan Biarkan ia mati kerana tusukan cinta yg berduri. Andai tunas2 hati semakin mati dan menghitam, marilah kita semai dgn nur, biar ia kembali segar. Tuhan kita ini sentiasa menjaga kita. Saat kita tiada sesiapa, Tuhan kita sentiasa ada. Panggilah dy, rintihlah kpd dy, aku tahu kau tidak mampu menanggung kesakitan lagi, dan aku dan Kay, pasti tiada ubatnya. Kecuali kau minta kpd Tuhan kita ini.
Dont lose faith. N don't lose hope. Salam sayang dari aku. Juni yg sentiasa kasih kpdmu Ungu.
Subscribe to:
Comments (Atom)