Kadang-kadang kaki melangkah longlai. Aku rasa hanya mampu berbaring. Deria rasa hilang seketika. Aku rasa ingin isolate. Jauh.. Diam.. Senyap.. Sunyi.. Sepi.. Kundasang, tempat yang paling diingini sekarang. Rasa mahu terbang. Ataupun muncul sekelip mata di Kundasang. Aku pinta kpd Lin tadi. Kataku kepadanya, "Lin, kau tolonglah jadikan poket doremon itu wujud agar aku boleh merentas masa". Aku ingin benar skrg berada di Kundasang. Menghilangkan segala gundah di hati. Menjelmakan kembali karya-karya yang telah aku baca garapan Ramlee Awang Murshid yg banyaknya berlaku di Borneo ini. Kundasang, aku cinta kepada kesejukanmu. Aku suka kepada kesepianmu. Aku rindu kepada hela nafasku yg kuhembus ketika aku berpijak di atas muka bumimu. Tapi Kundasang, aku tidak mahu sendiri ketika aku menziarahimu nanti. Aku mahu bersama-sama pasanganku ketika melewatimu. Suasana ceria yg aku dambakan ketika itu. Misteri yg kau sembunyikan dalam dirimu Kundasang, aku mahu kisahkan kepada legasiku. Dan banyak yg aku ingin hamburkan ketika itu nanti. Kau simpanlah kata-kataku Kundasang, sedalam-dalam benakmu. Kau tempat yg menenangkan. Dan aku harap aku akan menjejaki kembar-kembarmu seantero dunia. Mungkin aku tidak akan lewati kau lagi Kundasang, tapi aku mohon kau khabarkan kedatanganku kepada mereka-mereka rakan seperjuanganmu yang aku akan tiba nanti meninggalkan kesan jejak kakiku.
Nota Kaki : Ada yang mendamba jawapan justifikasiku dan ada yang diam membisu..
No comments:
Post a Comment