Chenta, pukul 4 pagi kanda terjaga dari tidur. Bangun dan memikirkan dinda wahai chenta. Setelah paras rasionalisasi kanda tiba, kanda harap tindakan kanda ini betol. Kanda harap dengan membiarkan dinda mengikut lelaki yg menunggang kuda hitam itu, dinda akan lebih bahagia. Saat kanda lepaskan pegangan tangan dinda dari kanda, kanda tahu kanda sudah tidak berdaya lagi wahai dindaku chenta. Kanda bukan tiada rasa, tapi kerana penuh dgn rasa inilah, membiarkan dinda pergi adalah satu-satunya jalan yg kanda rasa betul.. Kanda sadar, dgn melihat kuda hitamnya yg gah shj, kanda tahu dy pilihan yg benar utk dinda. Biarlah kanda berteleku di hujung jalan ini. Kanda akan duduk diam membisu. Biarlah kanda di sini, kanda akan mempersiapkan mahligai indah yg pernah kanda kanvaskan dlu, dan akan sentiasa menunggu dinda kembali, untuk menghuninya nanti. Biar dinda sentiasa merasa cukup dgn kanda. Saat itu, kanda mohon. Bukalah hati dinda seluas-luasnya, untuk merasa hangatnya cinta kanda. Kita tuam hati dinda agar menjadi fragile, menjadi spounge yg akan menyerap benih-benih cinta kanda ini dan akan mengeluarkan semua kuman2 hati apabila dipicit. Dinda, andai nanti dinda dtg dengan apapun, kanda tidak kisah. Kanda akan terima dinda kembali dgn tangan yg terbuka. Kanda tidak menyalahkan dinda. Kanda lah yg salah kerana penah menduakan dinda saat awal perkenalan kita, dan sudah tiba masanya kanda terima sakitnya apabila di dua. Dinda, kanda fikir, memang tiada lagi suri yg layak untuk bertahta di hati kanda selain dinda. Sementelah itu kanda tunggu dinda untuk sama-sama menghiasi kemeriahan mahligai yg kanda bina dgn kehadiran sang putera dan si puteri.. Dinda, kanda minta izin dlu. Sakitnya merindu ini kanda akan ubati dgn bersyukur kerana Tuhan masih kurniakan kanda perasaan. Reseptor2 hati kanda masih berdenyut. Dinda, tidurlah dalam dakapannya seolah-olah tiada siapa yg wujud menghalang. Selamat malam adindaku chenta, Kehidupan bukan seindah yg dibayangkan tetapi bleh digapai dgn adanya angan2..
P/s : Lai minta kanda menerimanya kembali. Kanda diam kerana kanda tiada jwpn. Yg kanda sdar, kanda sudah tiada rasa.
No comments:
Post a Comment