Monday, 18 May 2015

#13: Pentomin

Lai mahu bertemu aku. Dia mencipta pelbagai alasan supaya aku pergi berjumpa dengannya. Sedangkan aku, bagaimana aku? Apakah yg akan aku lakukan? Arghhhh.. Gusar. Hati ini sudah tiada rasa benar, sudah tawar hati benar. Bagaimana aku mahu berpura-pura? Bagaimana mahu berlakon? Aku takut bila ketemu nanti, dia akan mengalirkan air mata kecewa. Kecewa kerana aku, insan yg berdiri di depannya itu, sudah tiada rasa kepadanya sedangkan dia masih berharap. Tidak mampu rasanya aku sebab aku juga pernah dikecewa dan aku tahu betapa rasa sakitnya.Lai pasti dapat mengenal gerak geri mimik muka aku yg berpura-pura itu. Dia kenal aku luar dan dalam. Tak mungkin aku menipu. Tapi desakan demi desakan untuk berjumpa.. Hurm..hurm..hurm.. Membuatkan helaan nafas aku berpanjangan. Aku juga belum bersedia untuk berjumpa dengannya. Perempuan yg pernah ku sentuh, bagaimana mahu bersemuka mengatakan aku tiada rasa. Mahu sahaja aku menulis surat, ataupun menggunakan pen dan kertas sebagai medium bahasa isyarat. Tapi tidak pula sesekali aku mahu memusnahkan perasaan gembiranya. Dan kesimpulannya, di mana tiada apa yg bleh disimpulkan lagi setelah aku timbang tara baik dan buruknya, aku harus berlakon sebaik mungkin bahawa aku gembira berjumpa Lai. Tapi pada masa yg sama, aku tidak mahu memberi harapan kepadanya. Dia harus sedar yg dia telah hilang dari kehidupan aku setahun setengah yg lepas.

Nightmare: Terjaga dari tidur, nightmare yg aku alami di TI seperti menjelma kembali. Ia ibarat dejavu. Insan2 yg aku sayang, aku harap engkau sejahteralah di mana sahaja engkau berada dgn kehidupan yg engkau pilih.

Siren : Aku  yg terbiasa terjaga atau dikejutkan pada pukul 5 pagi, seperti ada automatic alarm clock dlm otak aku yg terus mengejutkan aku setiap pagi.

Bisnes: bro kereta sewa, boleh paham tak bila orang annoying dengan kau cakap besar n cakap buruk pasal orang lain. Alahai manusia..

No comments:

Post a Comment