'Hai mental blocking, awk dkt mna. Sy perlukan awak sangat2 sekarang.' Aku selalu mendakwa yg aku punya ingatan yg tersekat, memori dulu- dulu tidak mampu aku putarkan kembali. Sehingga aku hilang rasa kepada Lai pun, memory waktu bersama seperti terkubur. Apabila hati diruntun sahaja, aku menyelak kembali gambar2 lama kami bersama. Tetapi, sekarang, dgn dia, seperti gambar2 itu muncul dlm kotak mindaku. Merayu supaya tidak dilupuskan dari minda. Bukan sahaja merayu, malah seolah berakar tunjang dlm otakku. Bila ia kerap secara tidak sengaja diflashback, hati terasa sakit. Hati terasa sebak memanjang. Iya, bagi aku. Manusia macam aku. Yg kesetiaan itu bersemadi dlm diri, walaupun otak aku pandai menyekat memori, namun hati aku akan mengambil masa utk hilangkan rasa ini. Dan aku, kali ini, ingin menyeru kau, wahai mental blocking, menjelmalah.
Ps1: bos cakap aku kena cepat2 beli superbike, supaya apabila aku berjumpa customer, dorang akan memandang tinggi kepada aku. Senang untuk marketing. Aku tanya bos, apa relevannya. Kenapa bukan kereta mewah. Justifikasinya, kereta mewah boleh disewa dan motosikal mewah tidak ada yg disewakan. Makanya, orang yg mampu miliki superbike sudah tentu orang yg berada dan bisnesnya establish. Conclusion, bos tidak pernah memandang aku sebagai sorang perempuan, malah hanya seorang lelaki baginya. Dan aku rasa bertuah dgn pandangan itu krn aku tidak akan didiskriminasi. Yeah!!
Ps2: Lai Marah kan aku. Katanya, aku minta dia terima aku sebagai kawan. Tetapi mengapa aku tidak mampu melayan dia sebagai kawan, malah nampak seperti musuh, kerana perihalnya aku yg banyak mendiam diri
Ps3: lewat pagi jam 5, Lai alih tempat tidurnya ke sebelahku. Dia merapat kpd aku. Dan aku, banyak kali berkira-kira tindakan yg bagaimana harus aku berikan. Dan aku, memeluknya seperti memeluk Lin. Memegang erat tangannya. Baru ku sedar kelembutan tangannya. Hati ini berdebar, tapi tak mungkin aku berpatah balik untuk mencipta rasa. Biarlah. Lai hanya akan aku anggap sebagai adik. Bak kata Lin, dia hanya perlukan kasih sayang dan perhatian. Dan begitulah yg semampu aku lakukan untuk Lai.
No comments:
Post a Comment