Thursday, 28 May 2015

#16 : Penilaian

Manusia ini menjadi kuat apabila diuji dgn pelbagai ujian. Dan aku, terlahir sbg manusia yg suka menguji dan diuji. Selalunya akulah yg menguji. Walaupun untuk menjadi kawan aku, ada ujian yg aku sediakan. Aku menilai buruk dan baiknya seseorang Itu utk menjadi teman aku, andai dy buruk , mahukah dy berubah. Dan andai dy baik, mahukah dy membantu org lain yg memerlukan perubahan. Begitulah penilaian aku dlm memcari kawan. Aku bukan hanya mencari kawan, malah aku lebih kpd mencari sahabat. Begitulah juga cinta, Lai dahulu juga, 7 tahun dulu aku pernah menguji dirinya. Dan setelah aku Uji, aku terima dy dgn buruk baiknya. Sebegitulah jua Ungu, akad yg sama juga tersemat di hati setelah aku Uji dirinya. Dan saat hati ini redha melepaskannya, aku sediakan juga satu ujian utk mengetahui perihal dirinya mampu atau tidak untuk mengharung ombak yg ganas sekalipun. Dan dy telah melepasinya. Dan aku bangga akan pencapaiannya itu. 

BIarlah merpati terbang, 
Mengepak kuat sayapnya,
Jangan digari kakinya,
Dia tahu mana destinasinya.

No comments:

Post a Comment