Flashback; Sempat menjengah ke rumah buah hati Mal bersama Ungu.. Mal stress, aku tahu. Cuma aku pinta kepadamu Mal, kau lakarlah apa yg bakal kau lakukan. Cuma pasti kan kau takkan menyesal di kemudian hari.. Ungu belikan aiskrim bersama lollipop atas permintaan Mal sebelum melawatinya. Aku temani Ungu ke Tesco pd pukul 11pm yg aku sdiri katakan kepada diriku, it is rare at this time I manage to go to Tesco. Dan sesungguhnya suasana yg aku rasa di Tesco para waktu sebegitu adlh lain drpd waktu biasa aku membeli belah di Tesco. Aku rasakan suasana yg lengang, dan amat mudah bagiku menarik tangan Ungu untuk berpimpin tangan dgn ku. Dia seperti biasa tidak menolak tindakanku itu. Aku rasa bahagia yg bermacam-macam rasa, bagaikan ada bunga api yg meletup-letup dlm hatiku. Aku suka memerhatikan Ungu. Memerhatikan keletahnya memilih barangan. Walaupun barangan yg mahu dipilih hanyalah aiskrim dan lolipop, dy begitu tekun sekali memilih. Begitu teliti melihat kandungan barangan tersebut. Katanya, "lollipop ini ada berbagai rasa, Mal mahu yg perisanya strawberry dan orange. Chuppa cup ini yg mmg the best lolipop". Hanya melihat lolipop mampu buat dy teruja. Teruja utk memberi kpd orang yg dihargainya dan memujuk hati orang itu. Ungu2, kau sangat prihatin. Tiba di rumah Dada iaitu partner Mal, Ungu troz meluru ke arah Mal. Memerhatikan keadaan Mal. Selepas semua kembali tenang, aku mengajak Ungu berbaring di sebelahku. Memeluknya dari belakang memberi aku ketenangan. Melepaskan lelah di benak hati. Banyak rasa yg perlu dirahsia dan tidak harus diungkap. Mungkin bukan sekarang utk ku luah. Menggaulinya selembut yg ku mampu. Membuatkan dy selesa berada di sampingku itu yg aku utamakan. 5.30am kemudian, kita berasingan bergerak ke haluan masing2. Aku meluru deras ke kg halamanku atas dasar kerja dan rindu kepada ibuku. Kau pula ke tempat kerja di mana kasihmu disalurkan dan keprihatinanmu dihargai dan dibayar dgn senyum tangis si anak kecil. Kita masing2 tidak cukup tidur dan kau tidak dapat mengawal emosimu pd hari itu. Terima kasih kau sanggup menemaniku dari jauh spjg perjalananku untuk mengelakkan aku mengantuk semasa memandu berseorangan itu yg mana benda yg aku paling tidak gemar lakukan.
P/s 1 :Ungu tgh berseorangan berada di pasar malam shah alam ketika ini. Aku teringat kali pertama aku memimpin tangan Ungu di pasar malam, berjalan dgn gahnya, selayaknya suami dan isteri yg romantik di dlm suasana pasar malam yg sesak.
P/s 2 :Lin, terima kasih menemaniku seharian. Aku sayangkan kau tak lebih dari perasaan kasih seorang kakak kepada adiknya
P/s 3 :Happy mother's day omma. May Allah bless u with happiness n prosperity. It time for our family to move on.
P/s 4 : Mal, aku tau kau masih tak stabil. Hilangkan ia dgn melakukan aktiviti yg kau suka beb
No comments:
Post a Comment