Saturday, 23 May 2015

#15 : berteman


       Rasa ingin bercinta ini begitu kuat, rasa ingin berteman ini melonjak-lonjak di dalam hatiku. Kadang2 ia membutakan kerasionalanku Kerap benar aku terjaga dari tidur, tanpa disapa mimpi alam fantasi. yang tinggal hanya mimpi2 yang berkitar mengenai harapan dan impian. Dan apabila aku bangkit dari kematian sementara itu, mahu benar rasanya hatiku, biar ada orang yang benar-benar, orang yg betul-betul, orang yang memang-memang wujud, beradu di sebelahku. Perasaan itu mencengkam dadaku. Ingin benar aku ada penemannya. Aku berimpian, seandainya air matanya jatuh ketika dia dalam ketiduran itu bahana mimpinya yg dasyat, mahu benar aku bangun untuk memujuk hatinya, merangkulnya dari belakang, menyebarkan haba kehangatan untuk menenangkan hatinya, dan sebegitulah juga dia kuharap dapat bertindak. Andai dia mengadu dia penat, stress mengadap kehidupan hariannya, ingiku urut ubun-ubun kepalanya dengan lembut dan menyelesakan,agar hilang semua rasa yang menyesakkan itu. Melarik belakang badannya, menghilangkan kerut-kerut kelenguhan. Aku semampunya tidak mahu dia menanggung beban itu berseorangan, bukankah tujuan perkongsian hidup ini sendiri adalah untuk berkongsi semua rasa. Andai dia marah dan kecewa, aku akan dengarkan sahaja. Menadah telinga tanpa meningkah celotehnya. Mungkin ada silapku di mana-mana, yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Andai dibiarkan sahaja dia dengan rajuknya, pasti hatinya akan melara pergi dan hati yang tidak terpujuk itu aku tahu, dan aku sedar sangat impaknya, kerana aku sendiri telah merasa.

No comments:

Post a Comment