Sepanjang kedewasaan ini, pantang cuti pasti akal bijak mengatur aktiviti yg bakal dibuat sepanjang hari.. Dulu, slps graduate, aku tinggal bersama Lai dan teman2 lain. Aku lah si perancang aktiviti hari cuti kami, kalau tidak ke bandar membeli belah, kami akan habiskan masa dgn aktiviti memasak, dan pergi berkelah. Tempat feveret, Sungai Congkak.. Namun kini, pantang aku ada dekat rumah pada hari cuti, pasti adikku akan mengajukan soalan bertubi2. "Juni, hg tak keluar ka?", "juni, xda ka kawan2 hg ajak hg keluar?". Aku bagi jawapan yg logik dek akal. Aku kata, "bila org dh umur camni, org dh xda ramai kwn untuk keluar melepak. Kawan2 semua ad komitmen masing2." What a liar. Aku keluar minggu2 sebelum ini untuk menghabiskan masa bersama Ungu. Untuk mengenali diri Ungu. Tapi sekarang, sudah Tiba masanya aku kurangkan masa bersama Ungu. Aku perlu Biarkan Ungu bersama putera saktinya, menghabiskan masa bersama2. Amarah putera saktinya dapat ku rasa apabila aku mencuri masa Ungu untuk bersama. Logik jugak dek akal kenapa perlu timbulnya amarah itu. Mal cakap kepadaku. "Setelah mereka isytihar berpasangan, hang dah x layak Juni untuk berkata apa2". Mal banyak suruh aku redha. Lepaskan andai tidak mahu terus tersiksa. Mal, hang kawan yg baik Mal. Selalu menyokong saat aku rasa bagai dunia dan seisinya mentertawakan aku.. Ungu, kau tahu apa yg aku rasa. Aku bersyukur kau jujur dgn hati dan perasaan kau. Dan aku selalu jujur dgn hati dan perasaan aku juga. Putera saktimu tak dapat aku tandingi. Siapalah aku hendak menentang kekuatannya..
P/s : at least ada something great happen in my business cycle. I gain foreigner customers and please pray for my success.
No comments:
Post a Comment