Friday, 31 July 2015
#39 : aku yg lemah
Saat ini, aku sdg nenangis térkenangkan Arwah abahku. Mahu sahaja aku cepat-cepat dail nombor Ungu untuk melepaskan rasa di benakku. Selalunya Ungulah yg akan mendengar celotehku, bercerita kesalahan demi kesalahan yg aku telah lakukan kpd abahku. Tapi mengingatkan janji ku kepada Ungu dan kata-kataku kepada Kay, aku membatalkan niatku.Aku mengadu kpd Lai melalui text, dan mahu juga aku menaliponnya, tapi sudah pastilah aku tidak akan puas menghamburkan tangisanku, dia pasti akan menyuruh aku jangan melayan sgt pasaan sedih yg aku ada ini. Dalam keadaan sakit ini, aku cuba berehat dgn tidur. Dan dalam tidur Siang inilah aku bermimpi didatangi Arwah abahku. Saat itu, aku melihat abah di rumah usang kami, sedang melakukan aktiviti kegemarannya, iaitu mengemas rumah. Aku terus meluru ke arah abah dan kataku, "abah, Juni rindu sgt dekat abah." Dan kataku lagi, "abah, betoi ka abah hidup semula." Tuhan sahaja tahu perasaan rindu aku terhadap abah bagaikan membuak-buak.. Aku akan puas andai ada orang yg mahu mendengar luahan hati ini yg sungguh tidak dibuat-buat..
Wednesday, 29 July 2015
#38 : Aku diuji
Dear Ungu,
Harini aku jatuh sakit. Sakit ini bukanlah teruk sangat pun, melainkan perasaan inginkan seseorang berada di samping aku sakit ini, itu yg teruk. How much I wish someone can be beside me to entertain my sickness. Ungu, kalau saat ini kita masih berhubungan, ingin sahaja aku meminta engkau hadir sebentar melihat keadaanku yg inginkan perhatikan ini, aku jealous dgn budak-budak bawah jagaan kau yg sakit itu. Untung benar mereka. Aku akui aku mmg seorang yg manja. Aku mahu benar pasanganku bersifat keibuan seperti kau dan Winnie, agar aku dapat rasakan kasih sayang seorang ibu yg selayaknya aku dapat bagaikan aku seorang anak kecil.
Mungkin benar kau katakan, sungguh tinggi expectation aku terhadap pasanganku. Ya, memang tinggi, kerana aku berjanji kepada diriku untuk memberi komitmen yg besar kpd dirinya. Semalam, saat aku mula dilanda kesakitan, saat itu juga lidahku mencetuskan rasa ingin makan bubur panas. Ingin benar, ada manusia yg benar2 berada di dapur memasakkannya untuk aku. Aku berangan aku memerhatikannya dari tempat pembaringanku. Pasti gambaran itu akan tersekat lama dalam mindaku. Saat aku sakit ini, tiada siapa2 yg aku inginkan kecuali kehadiran manusia yg sudi menjagaku. Tidak aku nafikan, aku dapat banyak sokongan moral drpd teman2 dan juga termasuklah Lai, namun semuanya melalui atas talian sahaja. Aku mahukan perhatian melalui perbuatan, bukan sekadar suara.
Harini aku jatuh sakit. Sakit ini bukanlah teruk sangat pun, melainkan perasaan inginkan seseorang berada di samping aku sakit ini, itu yg teruk. How much I wish someone can be beside me to entertain my sickness. Ungu, kalau saat ini kita masih berhubungan, ingin sahaja aku meminta engkau hadir sebentar melihat keadaanku yg inginkan perhatikan ini, aku jealous dgn budak-budak bawah jagaan kau yg sakit itu. Untung benar mereka. Aku akui aku mmg seorang yg manja. Aku mahu benar pasanganku bersifat keibuan seperti kau dan Winnie, agar aku dapat rasakan kasih sayang seorang ibu yg selayaknya aku dapat bagaikan aku seorang anak kecil.
Mungkin benar kau katakan, sungguh tinggi expectation aku terhadap pasanganku. Ya, memang tinggi, kerana aku berjanji kepada diriku untuk memberi komitmen yg besar kpd dirinya. Semalam, saat aku mula dilanda kesakitan, saat itu juga lidahku mencetuskan rasa ingin makan bubur panas. Ingin benar, ada manusia yg benar2 berada di dapur memasakkannya untuk aku. Aku berangan aku memerhatikannya dari tempat pembaringanku. Pasti gambaran itu akan tersekat lama dalam mindaku. Saat aku sakit ini, tiada siapa2 yg aku inginkan kecuali kehadiran manusia yg sudi menjagaku. Tidak aku nafikan, aku dapat banyak sokongan moral drpd teman2 dan juga termasuklah Lai, namun semuanya melalui atas talian sahaja. Aku mahukan perhatian melalui perbuatan, bukan sekadar suara.
Tuesday, 28 July 2015
#37 : Tintaku yg pendek
Ungu, aku bangun pagi ini, kerap sekali rasa sunyi sekali. Walaupun pasti ada mesej2 dari Lin yg mengejutkan aku, tapi pasti tidak sama dgn mendengar suara engkau pd kepagian ini. Dahulu kerap kali aku kejutkan engkau untuk bersiap jika engkau perlu bekerja pagi. Aku, teringat, seolah2 aku ada dekat dengan kau ketika aku membangunkan engkau dari tidur. Mendengar suara serak2 basah kau yg seksi itu. Kadang2 aku bangun dari tidur, aku rasa kosong seperti tadi. Tuhan telah tentukan aku melalui jalan ini, iaitu jalan yg menjauhkan diriku dari engkau. Engkau pernah berpesan kepadaku jangan risaukan engkau kerana kata kau, kau pandai menjaga diri sendiri. Namun aku tetap risau. Kerana walau penat bagaimanapun, walau sakit hati macam mana pun, kau tidak akan menunjukkan apa yg engkau rasa. Ungu, sesungguhnya memendam rasa itu akan membuatkan hati engkau sakit. Carilah sesiapa untuk kau luahkan rasa itu.
#36 : Warkah untuk Ungu
Dear Ungu, apa kabar kau di sana? Aku di sini sihat2 sahaja. Aku tidaklah sunyi lagi, kerana aku ketemu teman2 baru di laman yg sama kita bersua bertegur sapa dulu. Ungu, setelah aku perhati n fikirkan, laman itu telah mengubah hidup aku upside down dlm hanya beberapa bulan sahaja. Terlampau banyak kenalan yg aku jumpa, dan hanya segelintir yg masih kekal bersama. Itupun dua drpd mereka engkau yg kenalkan. Aku bahagia kerana aku tidak perlu in the closet lg dgn org2 seperti kita, hanya di depan org2 yg lurus sahaja aku perlu berpura-pura menahan seksualiti ini.
Ungu, kau tampak bahagia dgn pilihan hati kau. Aku mahu kau bahagia sebegitu, kehadiran aku yg membuatkan kehidupan kau menjadi serabut dan porak peranda itu sama sekali tidak aku suka. Aku hanya mahukan damai di hati engkau. Melihat kau bahagia dr jauh sudah mampu menenangkan aku. Menatap foto-foto kau yg tersenyum manja itu kpd buah hati kau, aku terbayangkan andai senyuman itu ditujukan kpd aku. Sudah tentulah aku orang yg terbahagia di dunia. Namun, sebagai menghormati keputusan yg telah dibuat, aku memilih jln yg begini.
P/s: aku rindu menemani kau ketika kau memandu pulang dr kerja shift malam, rindu mendengar keletah kau ketika kau melayan si kecik, rindu pd Ying Ying yg aksinya comel itu, rindu mendengar luahan hati kau, rindu kpd bau-bauan losyen yg kau guna.. Ungu, hati-hati dgn hati.. Selamat malam dr kejauhan.. Yg termampu aku lakukan ketika rindu hanya mendengar rekod2 perbualan kita yg lama. Kerana kau tahu kan aku ini sgt PELUPA
Ungu, kau tampak bahagia dgn pilihan hati kau. Aku mahu kau bahagia sebegitu, kehadiran aku yg membuatkan kehidupan kau menjadi serabut dan porak peranda itu sama sekali tidak aku suka. Aku hanya mahukan damai di hati engkau. Melihat kau bahagia dr jauh sudah mampu menenangkan aku. Menatap foto-foto kau yg tersenyum manja itu kpd buah hati kau, aku terbayangkan andai senyuman itu ditujukan kpd aku. Sudah tentulah aku orang yg terbahagia di dunia. Namun, sebagai menghormati keputusan yg telah dibuat, aku memilih jln yg begini.
P/s: aku rindu menemani kau ketika kau memandu pulang dr kerja shift malam, rindu mendengar keletah kau ketika kau melayan si kecik, rindu pd Ying Ying yg aksinya comel itu, rindu mendengar luahan hati kau, rindu kpd bau-bauan losyen yg kau guna.. Ungu, hati-hati dgn hati.. Selamat malam dr kejauhan.. Yg termampu aku lakukan ketika rindu hanya mendengar rekod2 perbualan kita yg lama. Kerana kau tahu kan aku ini sgt PELUPA
Monday, 20 July 2015
#35 : Soalan kahwin
Hari ini aku sempat menziarahi rumah2 teman rapatku. Perasaan beraya bersama kwn2 tidak sama lg seperti dulu. Kegilaannya tidak sama lg. Aku hanya memandang kejayaan seorang demi seorang kwn2 ku. Dan seperti biasa, soalan yg tidak dpt dielakkan adalah, " bila hg nak kawen?", "hg dah ada sapa2 ka?" dan yg seangkatan dengannya. Setelah bertalu- talu menerima soalan sebegitu, dan jawapan aku adalah dgn berdiam sahaja, tiba2 seorang teman rapat bertanya aku, " Juni, hg xda rasa nk kawen ka?".. Nama pena ku adalah arjuni cantek dan kuubah nama sekarang kpd fanthana firdus atas sebab2 tertentu... Aku kemudian pantas mengalih topik bertanyakan perihal yg laen kpd dirinya dan kemudian aku bertanyakan pula kpdnya kenapakah dy bertanya sebegitu kpdku? Adakah aku nampak seperti tiada gaya untuk berkahwin. Dan jawapannya, Ya, kerana aku nampaknya selesa dgn diri sendiri.. Ingin sahaja aku berkata, aku tidak punya rasa ingin berkahwin, aku hanya ada rasa ingin berpasangan sahaja. Aku tidak pernah bermimpi memakai baju pengantin di hari persandinganku, tapi yg aku mimpikan selalu adalah partner ku tidur di sebelahku dgn berbantalkan lenganku, aku impikan memeluk partnerku dari belakang tatkala dy sibuk memasak di dapur sambil mengomel tentang segalanya.. Tapi mana mungkin aku lepaskan kata-kata sebegitu kpd orang-orang straight spt temanku itu. Selalunya akan aku hamburkan kpd Mal dan Lin shj. #Sungguh aku rindu#
P/s: di setiap sujudku, aku memohon seandainya rasa aku ini salah, biarlah aku lupakan dy dgn segera. Namun ingatan aku bertambah kuat. Tuhan, permudahkanlah apa shj yg kau telah tentukan untukku.
Sunday, 19 July 2015
#34 Selesa
Ungu kerap bertanyakan kenapa aku cinta kepadanya? Kenapa aku sukar melepaskannya. Sejak 4 hari yg lalu, dari saat terakhir aku berbual bicara dgn Ungu, sering terngiang-ngiang soalan itu yg meminta jawapan. Dan kerana acapkali aku diasak dgn tujahan ingatan tentang soalan itu, aku akhirnya ketemu salah satu jawapan kepada soalan itu. Jawapannya ialah, aku berasa amat selesa berada di samping Ungu. Dengan Ungu, aku bebas melakukan segala-galanya. Aku berasa sebegitu,tidak tahu di tempat Ungu adakah dy dapat rasakan keselesaan yg sama seperti aku. Aku bebas menangis dgn Ungu tatkala aku teringatkan Arwah abahku. Teriyak sekuat n selama yg boleh. Aku bebas menceritakan apa sahaja aktiviti harianku ketika OTP dgn Ungu. Bila berhadapan dgn Ungu, aku rasa tidak satu pun aku hipokrit kecuali ketika mengendalikan rasa amarahku. Aku seorang yg cepat marah,namun dgn Ungu mahupun Lai, seolah2 perasaan marah itu dapat dikawal dan direndahkan. Kerana aku cintakan kekasihku, aku padamkan rasa amarah itu. Dan aku bahagia ketika bergelak tawa dgn Ungu. Mengusik Ungu dgn segala bagai. Bagi aku, andai tiada gelak tawa n hanya diiringi dgn tangisan n air mata, apalah ertinya cinta.
P/s : semalam adalah hari aku melepaskan beban yg sarat di hatiku. Aku berkaraoke, melalak sekuat yg mungkin. Menyanyi lagu2 high not n heavy, biar pitching lari, asalkan hatiku puas.
For my future partner, hadirlah engkau dgn segera. Agar aku dapat coretkan segala kisah cinta dan perasaan aku terhadap engkau selayaknya.
Saturday, 18 July 2015
#33 : Tawar Hati
Last conversation aku dan Ungu, aku tanyakan soalan kenapa dy tidak mampu menerima aku semula?. Ungu pernah menerima aku di awal perkenalan kami dulu. Tapi disebabkan salah percaturan aku, aku rupanya telah membuatkan Ungu jauh hati. Selepas itu,tiada lagi mimpi indah yg hadir dlm hubungan aku dan Ungu. Dy hanya gelarkan aku sebagai kawan dan aku pula gelarkan kami sebagai scandal. Complicated sungguh hubungan itu.. Berbalik kpd soalan td, jawapan Ungu adalah dy tidak dapat mengulang kembali rasa yg sama kepada aku kerana tawar hati (aku sedikit kabur dan kurang jelas dengan penyampaian maksudnya). Dy menyatakan perasaannya kepada aku sama sebagaimana reason aku tidak dapat menerima Lai kembali. Saat itu aku terdiam. Aku rasa reason kami jauh berbeza. Telah banyak kali aku explain kpd Ungu, bahawa perasaan 'tawar hati' aku kepada Lai bukan secepat itu tercipta. Telah lama, hampir setahun perasaan itu dibina dr masa ke masa. Pintaku kpd permulaan 'tawar hati' aku itu kepada Lai adalah, aku mahu dy kembali tinggal bersama aku. Namun dy gagal menunaikan. Aku berikan masa yg cukup lama untuk dy namun masih tidak dapat ditunaikan, sedangkan dy tahu benar sikap ex-kekasihnya ini bagaimana, tidak mampu bertahan berkeseorangan. Jadi, aku rasa aku tidak semudah itu meninggalkan seseorang yg aku kasih, aku tidak mudah juga untuk tawar hati.. Ungu.. Kita punya reason yg tidak sama. Andai benar kau tawar hati denganku, aku mahu juga ketahui kenapa engkau boleh tawar hati dgn aku. Semudah itukah hati kau menjadi tawar. Adakah perasaan itu sama ketika kau tawar hati dgn si Kent? Semoga persoalan2 ini terjawab di kemudian hari.
Friday, 17 July 2015
#32 : Cinta bertepuk sebelah tangan
Kau tunjukkan aku
Yang memangnya tak pernah tahu
Erti sebenarnya cinta
Dari jiwa
Bukan hanya dari mata
Kau ajar hatiku
Kasih setulus seikhlasnya
Tak pernah mengalah
Walau kan terpisah
Sedikit pun tak berubah
Namun
Takkan menjadi milikku
Cinta bukan tercipta untukku
Tolong jagalah dirinya buat diriku
Jangan biar luka lagi hatinya
Yang amat ku cinta
Yang milik engkau saja
Biarku simpan semua kasih dan cinta
Akan ku pendamkan sepanjang nyawa
Hingga tiba masa
Untuk aku bercinta semula
Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi (ku kan pergi)
Bawa diri (bawa diri)
Yang telah rela (yang tlah rela)
Dan mengerti ohh
Dan di sini saja
Berakhirnya sebuah kisah
Cinta bertepuk sebelah
Terpaksalah
Ku terima
TentuanNya ohhh
Aku dedikasikan lagu ini kepada Kay. Tolong jagakan Ungu untukku. Kerana hatinya bukan untukku. Dan aku hanya seorang yg bertepuk sebelah tangan. Biar cinta ini menyala dalam hatiku.
Thursday, 16 July 2015
#31 : Selamat hari raya
Selamat Hari Raya buat si Tubbi, my first chrush ms dkt sekolah. Ungu n Lai, aku tak pernah menceritakan kpd kamu perihal kewujudan dy. Dy first crush aku semasa di tingkatan 3, dan aku pernah konfes kpdnya yg aku cintakannya. Reaksinya semasa itu adalah menangis kerana terkejut dgn pengakuan single triple berani mati aku itu. Mana mungkin dy mampu mendengar pengakuan yg sebegitu rupa. Kini dy adalah lawyer syariah yg beranak satu sudah. Cinta monyetku.
Selamat Hari Raya juga kepada Winnie, maafkan aku kerana mengambus memori bersama kau. Pagi ini, ku terima Whatsapp dr kau, sungguh aku tidak tahu itu kau kerana nombor kau tidak kusimpan. Hampir shj aku bertanya siapakah gerangan pemberi ucapan,pasti shj akan menambah kekecewaanmu. Winnie dan aku, kami adalah bff yg hubungan kami telah disalahertikan.
Selamat Hari Raya buat Lai. My first official partner. Maafkan aku kerana tidak dpt menahan amarahku bila kau menyentap aku dgn kata-kata perlianmu. Maafkan aku kerana meninggalkan tanpa kau sedar. Maafkan aku atas segala-galanya Lai. Telah banyak kasih syg yg kau curahkan kepadaku, sampai aku tidak bersyukur dgn kehadiranmu yg sekali sekala itu.
Buat Ungu, yg masih bertugas menjaga pesakit-pesakit cilikmu..Selamat Hari Raya. My crush a.k.a my ex scandal, a.k.a my temporary partner. Maafkan aku kerana beraksi layaknya seperti hero dlm fifty shades of grey. Maafkan aku kerana aku tiada bezanya dgn kisah silam kau yg dulu. Aku akan berdoa kau sentiasa bahagia walau dgn siapa pun yg kau cinta.
Yg tulis ikhlas,
Fanthana firdus..
Selamat Hari Raya juga kepada Winnie, maafkan aku kerana mengambus memori bersama kau. Pagi ini, ku terima Whatsapp dr kau, sungguh aku tidak tahu itu kau kerana nombor kau tidak kusimpan. Hampir shj aku bertanya siapakah gerangan pemberi ucapan,pasti shj akan menambah kekecewaanmu. Winnie dan aku, kami adalah bff yg hubungan kami telah disalahertikan.
Selamat Hari Raya buat Lai. My first official partner. Maafkan aku kerana tidak dpt menahan amarahku bila kau menyentap aku dgn kata-kata perlianmu. Maafkan aku kerana meninggalkan tanpa kau sedar. Maafkan aku atas segala-galanya Lai. Telah banyak kasih syg yg kau curahkan kepadaku, sampai aku tidak bersyukur dgn kehadiranmu yg sekali sekala itu.
Buat Ungu, yg masih bertugas menjaga pesakit-pesakit cilikmu..Selamat Hari Raya. My crush a.k.a my ex scandal, a.k.a my temporary partner. Maafkan aku kerana beraksi layaknya seperti hero dlm fifty shades of grey. Maafkan aku kerana aku tiada bezanya dgn kisah silam kau yg dulu. Aku akan berdoa kau sentiasa bahagia walau dgn siapa pun yg kau cinta.
Yg tulis ikhlas,
Fanthana firdus..
Wednesday, 15 July 2015
#30 : Tiada Raganya
Perempuan yg tiada raganya bukanlah perempuan yg mampu melahirkan mimpi indah,
Perempuan yg tiada raganya tidak akan mampu bercinta lagi kerana dia hanya dibayangi rasa takut,
Perempuan yg tiada raganya tidak berani mempertahankan cintanya.
Bangkitlah perempuan yg tiada raganya, bangkitlah dari nightmare2 yg kau lalui. Tiada siapa mampu mengubah kau untuk mengecap kebahagiaan. Lupakan kisah silammu. Lupakan deritamu walaupun ia terbeban di punduk bahumu. Andai kau mahu terimaku, mahu shj aku mengalihkan beban itu ke atas bahuku, walaupun tak semua, biarlah sedikit pun, asalkan kurang lelahmu. Tapi, tiada siapa dapat membantumu andai kau menempis semua tangan yg menghulur. Kau lupa TuhanMu yg Maha Pengasih.
#29 : Sunyi
sunyi..
benar hati ku sunyi sekali. kebiasaanya masa aku dihabiskan OTP (on the phone)
call dengan Ungu. even waktu sahur pun aku akan kejutkan dy dgn call dari aku.
ada jugak kadang2 dy kejutkan aku, kebiasaanya ketika dy kerja shift malam.
Pernah jugak aku lupa kejutkan dy untuk bersahur,n selepas tu aku akan rasa
bersalah. Yela, hanya orang bujang yg tinggal sendiri shj yg tahu apa
orang bujang lain rasa. Dia mahukan aku menemani dia, dan sebegitulah hendakku
jua. Tambah lagi orang bisnes seperti aku, yg hanya menguruskan bisnes dari
rumah, jarang berjumpa orang dan susah keluar untuk menambah teman baru, serasa
sunyi sesunyinya. Aku melepaskan Ungu dgn berjanji untuk step out dari hidup dia
kerana aku tidak mampu menjadi pendamping seperti yg dikehendakinya . aku tidak
sesekali mampu membuang rasa cinta ini. Syaratnya mudah, samada aku hanya
menganggapnya teman dan berada disisinya selayaknya sebagai teman, ataupun
kalau benar aku tidak mampu berbuat sedemikian, aku harus keluar dari hidupnya
untuk menghilangkan keserabutan aku akibat cinta ditolak. Hurm, sudahlah,bukan
mudah pun nk hilangkan. Jadi aku pilih untuk keluar kerana aku tidak mampu
untuk membuang rasa cinta ini dan berlakon seolah-olah aku boleh menganggapnya
sebagai kawan sahaja.
Wow, sudah meleret-leret la
kejiwangan aku. Hahaha. Back to purpose, sahur tadi aku seperti biasa melepak
di restoran mamak sekeluarga yg aku sudah anggap sebagai keluarga angkatku. Dorang
terdiri daripada Uncle, Aunty, Abg Mul n adik Zul dan pekerja mereka, deen n
syukur. Aunty menemani aku makan, hari ini aunty yg masak nasik goreng ayam
untukku, agak pedas lahai, sedangkan perut aku tak tahan pedas, ditambah pulak
minum kopi tarik, memang remedy terbaik untuk aku sakit perut sejurus sebelum
azan Subuh berkumandang. Ingatkan deen yg akan masak, walaupun deen orang
Myanmar, namun dy pandai masak masakkan Thailand. Nafsu aku pg td nak makan
nasik putih daging paprik terbantut bila deen diisytiharkan cuti oleh aunty. Sempat
aku mengwhatsapp Lai, “U,perut I sakit.” Hanya untuk mendapat perhatiannya. Aku
akui aku seorang attention seeker. Pukul 5 pagi masa itu, dan pukul 6.30 pagi
baru dy reply, katanya “Sorry, I pergi surau td.”.. hurm, apa mampu kukatakan
lagi, dy pergi beribadat berbuat benda baik. Takkan aku nak kecik hati. Sempat lagi
dy berleter bila aku cakap aku melepak slps dy tanya aku buat apa lama-lama
dekat situ. Hahaha. U ni, mcm tatau Lai yg I memang suka melepak, buat apa aku
stay dekat rumah kalau tiada kelibat manusia yg wujud. Aunty cakap ada orang
tanya apa hubungan aku dengan aunty, adakah anak aunty? Aku tertawa besar
terbahak-bahak. Mungkin dorg suspicious sebab aku byk habiskan masa dengan
Aunty.
Pukul 8.45, customer aku baru datang.
Ingatkan mahu datang awal, tak tidur aku dibuatnya. Sempat lagi customer aku
itu menerjah berapa besar capital n asset yg aku ada, aku diam tersenyum. Dan sekarang,aku
sudah lalok, mahu tidur sebentar. Gud nite a.k.a gud morning olz…
P/s :
Rupa-rupanya salah paham aku terhadap isu earphone Ungu hanya sebagai satu
penyebab, bahawa aku sebenarnya rasa tidak dihargai dan mahu beredar segera.
#28 : Merapu
its not the only me that need love, a lot of people does..
Cinta yg direjek adalah satu dari pengalaman hidup.
Cinta yg direjek adalah satu dari pengalaman hidup.
#27 : Let say Good Bye
Kosong… segala kata-kata yg aku hamburkan selama ini katanya
kosong. Hanya berlalu sepi di sipi-sipi telinganya. Mungkin tulisan aku ini jua
tidak akan bermakna apa-apa. Sungguh aku benci apabila kehadiran aku tidak
dihargai,kerana aku telah menyerahkan cinta sepenuh hatiku, sehinggakan aku
tidak mampu pun melihat wanita lain yg lalu di hadapanku. Aku sungguh rasa
terhina, si dwarf yg dulunya begitu mulus berbicara kononnya skrg
memperjuangkan cintanya, padahal Ungu hanya cintakan dwarf itu, dan aku hanya
sekadar di pinggiran, melukut di tepi gantang. Hina sehinanya bak kata Mal,
dayus-sedayusnya batin aku menjerit.
Buat Ungu, aku telah membuat clarification kpd putera sakti
kau itu. Jadi bahagialah engkau dengannya. Jgn jadikan aku sebagai penyebab
lagi. Aku hanya menjadi bayang-bayang yg kau pijak, xkan jadi madu di hatimu. Sungguh aku benci dan terhina dgn apa yg telah
berlaku. Apa gunanya aku berada di sampingmu apabila kata-kata "I miss U" atau apa-apa sahaja kata-kata mesra itu hanya keluar untuk Kay sahaja. sedangkan aku mendambakan semua itu darimu. Nonsense. Bangunlah Juni, sedarlah dari mimpi yang menyakitkan itu.
Buat Kay si Dwarf, jangan jadi pengecut dan penipu. Kalau kau
benar sukakan Ungu, untuk apa kau menunggu lagi? Untuk biarkan dia berlalu
pergi atau untuk kau terus melukai hatinya dengan kewujudan cinta lamamu. Kau
terpana kan bila aku menerjah penafian pengakuanmu. Kau anggap aku tidak tahu
apa-apa sedangkan aku menjadi pemerhati gerak gerimu.
SELAMAT TINGGAL UNGU, AKU KALI INI MAHU MENGOTAKAN
KATA-KATAKU UNTUK MENGAMBIL ‘PERMANENT LEAVE’.
Tuesday, 7 July 2015
#26 : Kali Pertama
Duta:
Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu
Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu
Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….
Baizura Kahar:
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu
Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….
Duta:
sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
Baizura Kahar:
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
Duta:
Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
Baizura Kahar:
Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….
Duta and Baizura Kahar:
cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...
Ak merekod lagu ini dan menwasapkan kpd Ungu. Kataku kpd nya, lagu ini ku tujukan khas kpd bakal partnerku. Lagu ini mengingatkan aku, saat pertama kali aku jatuh hati kpd Ungu. Aku menemani Ungu untuk berjumpa Mal, dan pertemuan kami dgn Mal, Mal mengajak kami berkaraoke, menemani dirinya yg sepi. Itu kali pertama aku berkaraoke dgn Ungu, dan sungguh, aku melting.. Melting dgn mendengar suara Ungu yg serak2 basah itu, sungguh sexy dpt aku rasakan. Kemudian, gerak tarinya mengalun tubuhnya mengikut rentak muzik. Sungguh aku terpana. Mal yg hanya bru mengenal aku itu, sgt perasan akan keterujaan aku melihatku Ungu. Aku ibarat sdg mengangakan mulut dgn melopong luas,tnpa sedar akan perihal apa yg berlaku di sekelilingku. Saat itu, aku rasakan hanya sesusuk tubuh Ungu dan aku dengar hanya selunak suara Ungu. Sungguh, perasaan aku padanya hari itulah yg melangsungkan perasaan aku kpdnya ketika ini. Sungguh aku terpana. Dia ibarat puteri dlm fairytale. Yg kuidam-idamkan selalu.
#sungguh mimpi itu indah dan sukar dilupakan. Saat disekeh kepala dgn segala penafian dan penolakan, barulah ada kesedaran..
#25 : bebas
Aku telah membuatkan Ungu memadam kebebasannya. Bodohnya aku. Telah diberi amaran jgn diomel sedikit pun mengenai kebebasannya, namun aku tetap menjadi manusia yg serupa. Tidak mengapalah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata beginilah padahnya. Aku hanya harapkan dy menjadi manusia yg dy inginkan. Like what I always said, "live as happy as u can with your own way". Ungu, terlampau banyak rahsia yg disimpan, sehingga ikatan2 pd simpulan2 itu tergenggam kuat. Hanya boleh diputuskan melalui hirisan dgn pisau ataupun gunting, dan pastinya hasilnya tidak akan sempurna seperti andai diurai menggunakan tangan. Apa pun Ungu,aku harap kau bahagia. Mgkin crush kau itu sgt membahagiakan kau. Sehingga menutup matamu melihatku. Slamat Hari Raya in advance. Maafkan aku dari hujung rambut ke hujung kaki. Kata seseorang, andai aku bersalah dgn Tuhan, Tuhan sentiasa berlembut hati untuk memaafkan aku, tapi kalau aku berdosa dgn manusia, terpulanglah pada budi bicara manusia itu sendiri. Ya Latif...
#sungguh aku benci perkataan "Maaf" itu. Tapi apa daya kita manusia yg sentiasa dlm kekhilafan..
#apalah guna merindui,Kalau yg dirindu tiada rasa yg sama..
#sungguh aku benci perkataan "Maaf" itu. Tapi apa daya kita manusia yg sentiasa dlm kekhilafan..
#apalah guna merindui,Kalau yg dirindu tiada rasa yg sama..
Wednesday, 1 July 2015
#24: Menyentuhmu
Memegang jejari tanganmu, mengulit lembut kulit tapak tanganmu. Itu permulaan yg aku mahukan dlm hubungan kita. Kerana kau pernah buat aku terkedu, terkedu dengan amarahmu. Kau pernah katakan bahawa seandainya aku menyentuhmu lagi, maka akan berakhirlah hubungan kita. Dan sungguh aku takut, takut kehilanganmu Ungu. Membayangkan shj aku tidak mampu, kerana aku masih berharap kau menerimaku. Dan ketika aku menyentuh jejarimu, ada tindakbalas dari jejarimu jua, aku rasa gembira. Aku cuba menelah apa yg kau rasa terhadapku,
#23 : Penat
Harini, pagi ni, aku kalah lagi. Aku ulang balik apa yg
biasa aku buat bila aku tension or frust. Macam apa yg biasa aku buat masa aku
bersama dengan Lai ketika dia jauh di masa dia abaikan aku. Harini, tension punya pasal,
aku buka instagram,n tetiba aku nafsu aku mencanak naik bila aku tidak sengaja
ternampak benda tu dalam sudut carian, padahal aku nak cari benda lain, mula2
sikit kemudian semakin banyak yg aku layan. Aku hanyut. Bagi aku, aku tak minum
arak, aku tak merokok, tapi aku hilangkan stress aku dgn tengok benda tu. Solat
subuh pun aku terlepas, bila aku buat dosa camtu, aku rasa aku tak layak pun
menghadap Allah saat aku menjadi pendosa. Kenapa aku jadi begini? Hal ini dah
berlarutan sehari lebih, ilangkan semua mood aku untuk layan my Sohibul Amanah,
untuk dengar celoteh dia mcm biasa. Aku rasa aku macam sampah, takda siapa pun
hargai kehadiran aku. Aku ni hanya sekadar di pinggiran, hanya menjadi
pendamping setia tanpa ada hak apa2 pun untuk bersuara. Tipu la aku bahagia,
aku ni manusia yg selalu meluahkan perasaan, pasal semua benda, tapi bila
berkisar tentang cinta, aku tak layak pun untuk luah apa yg aku rasa. Kalau aku
luah pun, ada dia kesah. Yg penting hanyalah hubungan dy dgn admire dy, aku
nih. Hahaha, selanyaknya hanya talking buddynya. Aku mungkin tak meroyan,
tetapi melalui blog ini sahajalah tempat aku luahkan perasaan aku yg
sejujurnya. Penat menahan diri untuk tidak luahkan apa yg aku rasa. Dia bersama
aku 2 3 hari, aku ingatkan dia sudah tidak mengharap dekat admirer dia. Aku rasa
macam aku sudah genggam tanganyya rapat, rupanya dia membuka genggaman itu
perlahan-lahan. Dia tanya aku penat tak? aku tak sedikit pun menipu. Aku diam,
menandakan aku penat bermain permainan yg tidak pasti ini. Aku hanya ingin
bahagia, aku bahagia bila dia ada depan mata aku, tapi bila dia jauh, dia
seolah2 anggap waktu kami bersama tu takda makna apa2. Yg bermakna dalam hidup
dia hanyalah admirer dia. Aku bukan nak perhatian, mahupun sumpah taat setia,
tapi aku hanya nak penghargaan. Sekurang-kurangnya anggaplah aku ni manusia. Manusia
yg penuh dengan rasa, manusia yg hendakkan hak yg sama dengan manusia lain yg
ingin bercinta.
p/s: Sekian, nak sambung berbisnes, penat dah dok layan
pasaan bodoh ini. Ini memang luahan n kata2 dari seorang yg bernama Arjuni
Cantek yg sedang marah and annoy ni.
Subscribe to:
Comments (Atom)