Sunday, 19 July 2015

#34 Selesa


Ungu kerap bertanyakan kenapa aku cinta kepadanya? Kenapa aku sukar melepaskannya. Sejak 4 hari yg lalu, dari saat terakhir aku berbual bicara dgn Ungu, sering terngiang-ngiang soalan itu yg meminta jawapan. Dan kerana acapkali aku diasak dgn tujahan ingatan tentang soalan itu, aku akhirnya ketemu salah satu jawapan kepada soalan itu. Jawapannya ialah, aku berasa amat selesa berada di samping Ungu. Dengan Ungu, aku bebas melakukan segala-galanya. Aku berasa sebegitu,tidak tahu di tempat Ungu adakah dy dapat rasakan keselesaan yg sama seperti aku. Aku bebas menangis dgn Ungu tatkala aku teringatkan Arwah abahku. Teriyak sekuat n selama yg boleh. Aku bebas menceritakan apa sahaja aktiviti harianku ketika OTP dgn Ungu. Bila berhadapan dgn Ungu, aku rasa tidak satu pun aku hipokrit kecuali ketika mengendalikan rasa amarahku. Aku seorang yg cepat marah,namun dgn Ungu mahupun Lai, seolah2 perasaan marah itu dapat dikawal dan direndahkan. Kerana aku cintakan kekasihku, aku padamkan rasa amarah itu. Dan aku bahagia ketika bergelak tawa dgn Ungu. Mengusik Ungu dgn segala bagai. Bagi aku, andai tiada gelak tawa n hanya diiringi dgn tangisan n air mata, apalah ertinya cinta.

P/s : semalam adalah hari aku melepaskan beban yg sarat di hatiku. Aku berkaraoke, melalak sekuat yg mungkin. Menyanyi lagu2 high not n heavy, biar pitching lari, asalkan hatiku puas.

For my future partner, hadirlah engkau dgn segera. Agar aku dapat coretkan segala kisah cinta dan perasaan aku terhadap engkau selayaknya.

No comments:

Post a Comment