sunyi..
benar hati ku sunyi sekali. kebiasaanya masa aku dihabiskan OTP (on the phone)
call dengan Ungu. even waktu sahur pun aku akan kejutkan dy dgn call dari aku.
ada jugak kadang2 dy kejutkan aku, kebiasaanya ketika dy kerja shift malam.
Pernah jugak aku lupa kejutkan dy untuk bersahur,n selepas tu aku akan rasa
bersalah. Yela, hanya orang bujang yg tinggal sendiri shj yg tahu apa
orang bujang lain rasa. Dia mahukan aku menemani dia, dan sebegitulah hendakku
jua. Tambah lagi orang bisnes seperti aku, yg hanya menguruskan bisnes dari
rumah, jarang berjumpa orang dan susah keluar untuk menambah teman baru, serasa
sunyi sesunyinya. Aku melepaskan Ungu dgn berjanji untuk step out dari hidup dia
kerana aku tidak mampu menjadi pendamping seperti yg dikehendakinya . aku tidak
sesekali mampu membuang rasa cinta ini. Syaratnya mudah, samada aku hanya
menganggapnya teman dan berada disisinya selayaknya sebagai teman, ataupun
kalau benar aku tidak mampu berbuat sedemikian, aku harus keluar dari hidupnya
untuk menghilangkan keserabutan aku akibat cinta ditolak. Hurm, sudahlah,bukan
mudah pun nk hilangkan. Jadi aku pilih untuk keluar kerana aku tidak mampu
untuk membuang rasa cinta ini dan berlakon seolah-olah aku boleh menganggapnya
sebagai kawan sahaja.
Wow, sudah meleret-leret la
kejiwangan aku. Hahaha. Back to purpose, sahur tadi aku seperti biasa melepak
di restoran mamak sekeluarga yg aku sudah anggap sebagai keluarga angkatku. Dorang
terdiri daripada Uncle, Aunty, Abg Mul n adik Zul dan pekerja mereka, deen n
syukur. Aunty menemani aku makan, hari ini aunty yg masak nasik goreng ayam
untukku, agak pedas lahai, sedangkan perut aku tak tahan pedas, ditambah pulak
minum kopi tarik, memang remedy terbaik untuk aku sakit perut sejurus sebelum
azan Subuh berkumandang. Ingatkan deen yg akan masak, walaupun deen orang
Myanmar, namun dy pandai masak masakkan Thailand. Nafsu aku pg td nak makan
nasik putih daging paprik terbantut bila deen diisytiharkan cuti oleh aunty. Sempat
aku mengwhatsapp Lai, “U,perut I sakit.” Hanya untuk mendapat perhatiannya. Aku
akui aku seorang attention seeker. Pukul 5 pagi masa itu, dan pukul 6.30 pagi
baru dy reply, katanya “Sorry, I pergi surau td.”.. hurm, apa mampu kukatakan
lagi, dy pergi beribadat berbuat benda baik. Takkan aku nak kecik hati. Sempat lagi
dy berleter bila aku cakap aku melepak slps dy tanya aku buat apa lama-lama
dekat situ. Hahaha. U ni, mcm tatau Lai yg I memang suka melepak, buat apa aku
stay dekat rumah kalau tiada kelibat manusia yg wujud. Aunty cakap ada orang
tanya apa hubungan aku dengan aunty, adakah anak aunty? Aku tertawa besar
terbahak-bahak. Mungkin dorg suspicious sebab aku byk habiskan masa dengan
Aunty.
Pukul 8.45, customer aku baru datang.
Ingatkan mahu datang awal, tak tidur aku dibuatnya. Sempat lagi customer aku
itu menerjah berapa besar capital n asset yg aku ada, aku diam tersenyum. Dan sekarang,aku
sudah lalok, mahu tidur sebentar. Gud nite a.k.a gud morning olz…
P/s :
Rupa-rupanya salah paham aku terhadap isu earphone Ungu hanya sebagai satu
penyebab, bahawa aku sebenarnya rasa tidak dihargai dan mahu beredar segera.
No comments:
Post a Comment