Monday, 20 July 2015

#35 : Soalan kahwin


Hari ini aku sempat menziarahi rumah2 teman rapatku. Perasaan beraya bersama kwn2 tidak sama lg seperti dulu. Kegilaannya tidak sama lg. Aku hanya memandang kejayaan seorang demi seorang kwn2 ku. Dan seperti biasa, soalan yg tidak dpt dielakkan adalah, " bila hg nak kawen?", "hg dah ada sapa2 ka?" dan yg seangkatan dengannya. Setelah bertalu- talu menerima soalan sebegitu, dan jawapan aku adalah dgn berdiam sahaja, tiba2 seorang teman rapat bertanya aku, " Juni, hg xda rasa nk kawen ka?".. Nama pena ku adalah arjuni cantek dan kuubah nama sekarang kpd fanthana firdus atas sebab2 tertentu... Aku kemudian pantas mengalih topik bertanyakan perihal yg laen kpd dirinya dan kemudian aku bertanyakan pula kpdnya kenapakah dy bertanya sebegitu kpdku? Adakah aku nampak seperti tiada gaya untuk berkahwin. Dan jawapannya, Ya, kerana aku nampaknya selesa dgn diri sendiri.. Ingin sahaja aku berkata, aku tidak punya rasa ingin berkahwin, aku hanya ada rasa ingin berpasangan sahaja. Aku tidak pernah bermimpi memakai baju pengantin di hari persandinganku, tapi yg aku mimpikan selalu adalah partner ku tidur di sebelahku dgn berbantalkan lenganku, aku impikan memeluk partnerku dari belakang tatkala dy sibuk memasak di dapur sambil mengomel tentang segalanya.. Tapi mana mungkin aku lepaskan kata-kata sebegitu kpd orang-orang straight spt temanku itu. Selalunya akan aku hamburkan kpd Mal dan Lin shj. #Sungguh aku rindu#

P/s: di setiap sujudku, aku memohon seandainya rasa aku ini salah, biarlah aku lupakan dy dgn segera. Namun ingatan aku bertambah kuat. Tuhan, permudahkanlah apa shj yg kau telah tentukan untukku.


No comments:

Post a Comment