Dear Ungu,
Harini aku jatuh sakit. Sakit ini bukanlah teruk sangat pun, melainkan perasaan inginkan seseorang berada di samping aku sakit ini, itu yg teruk. How much I wish someone can be beside me to entertain my sickness. Ungu, kalau saat ini kita masih berhubungan, ingin sahaja aku meminta engkau hadir sebentar melihat keadaanku yg inginkan perhatikan ini, aku jealous dgn budak-budak bawah jagaan kau yg sakit itu. Untung benar mereka. Aku akui aku mmg seorang yg manja. Aku mahu benar pasanganku bersifat keibuan seperti kau dan Winnie, agar aku dapat rasakan kasih sayang seorang ibu yg selayaknya aku dapat bagaikan aku seorang anak kecil.
Mungkin benar kau katakan, sungguh tinggi expectation aku terhadap pasanganku. Ya, memang tinggi, kerana aku berjanji kepada diriku untuk memberi komitmen yg besar kpd dirinya. Semalam, saat aku mula dilanda kesakitan, saat itu juga lidahku mencetuskan rasa ingin makan bubur panas. Ingin benar, ada manusia yg benar2 berada di dapur memasakkannya untuk aku. Aku berangan aku memerhatikannya dari tempat pembaringanku. Pasti gambaran itu akan tersekat lama dalam mindaku. Saat aku sakit ini, tiada siapa2 yg aku inginkan kecuali kehadiran manusia yg sudi menjagaku. Tidak aku nafikan, aku dapat banyak sokongan moral drpd teman2 dan juga termasuklah Lai, namun semuanya melalui atas talian sahaja. Aku mahukan perhatian melalui perbuatan, bukan sekadar suara.
No comments:
Post a Comment