Kosong… segala kata-kata yg aku hamburkan selama ini katanya
kosong. Hanya berlalu sepi di sipi-sipi telinganya. Mungkin tulisan aku ini jua
tidak akan bermakna apa-apa. Sungguh aku benci apabila kehadiran aku tidak
dihargai,kerana aku telah menyerahkan cinta sepenuh hatiku, sehinggakan aku
tidak mampu pun melihat wanita lain yg lalu di hadapanku. Aku sungguh rasa
terhina, si dwarf yg dulunya begitu mulus berbicara kononnya skrg
memperjuangkan cintanya, padahal Ungu hanya cintakan dwarf itu, dan aku hanya
sekadar di pinggiran, melukut di tepi gantang. Hina sehinanya bak kata Mal,
dayus-sedayusnya batin aku menjerit.
Buat Ungu, aku telah membuat clarification kpd putera sakti
kau itu. Jadi bahagialah engkau dengannya. Jgn jadikan aku sebagai penyebab
lagi. Aku hanya menjadi bayang-bayang yg kau pijak, xkan jadi madu di hatimu. Sungguh aku benci dan terhina dgn apa yg telah
berlaku. Apa gunanya aku berada di sampingmu apabila kata-kata "I miss U" atau apa-apa sahaja kata-kata mesra itu hanya keluar untuk Kay sahaja. sedangkan aku mendambakan semua itu darimu. Nonsense. Bangunlah Juni, sedarlah dari mimpi yang menyakitkan itu.
Buat Kay si Dwarf, jangan jadi pengecut dan penipu. Kalau kau
benar sukakan Ungu, untuk apa kau menunggu lagi? Untuk biarkan dia berlalu
pergi atau untuk kau terus melukai hatinya dengan kewujudan cinta lamamu. Kau
terpana kan bila aku menerjah penafian pengakuanmu. Kau anggap aku tidak tahu
apa-apa sedangkan aku menjadi pemerhati gerak gerimu.
SELAMAT TINGGAL UNGU, AKU KALI INI MAHU MENGOTAKAN
KATA-KATAKU UNTUK MENGAMBIL ‘PERMANENT LEAVE’.
No comments:
Post a Comment