Saturday, 18 July 2015

#33 : Tawar Hati

Last conversation aku dan Ungu, aku tanyakan soalan kenapa dy tidak mampu menerima aku semula?. Ungu pernah menerima aku di awal perkenalan kami dulu. Tapi disebabkan salah percaturan aku, aku rupanya telah membuatkan Ungu jauh hati. Selepas itu,tiada lagi mimpi indah yg hadir dlm hubungan aku dan Ungu. Dy hanya gelarkan aku sebagai kawan dan aku pula gelarkan kami sebagai scandal. Complicated sungguh hubungan itu.. Berbalik kpd soalan td, jawapan Ungu adalah dy tidak dapat mengulang kembali rasa yg sama kepada aku kerana tawar hati (aku sedikit kabur dan kurang jelas dengan penyampaian maksudnya). Dy menyatakan perasaannya kepada aku sama sebagaimana reason aku tidak dapat menerima Lai kembali. Saat itu aku terdiam. Aku rasa reason kami jauh berbeza. Telah banyak kali aku explain kpd Ungu, bahawa perasaan 'tawar hati' aku kepada Lai bukan secepat itu tercipta. Telah lama, hampir setahun perasaan itu dibina dr masa ke masa. Pintaku kpd permulaan 'tawar hati' aku itu kepada Lai adalah, aku mahu dy kembali tinggal bersama aku. Namun dy gagal menunaikan. Aku berikan masa yg cukup lama untuk dy namun masih tidak dapat ditunaikan, sedangkan dy tahu benar sikap ex-kekasihnya ini bagaimana, tidak mampu bertahan berkeseorangan. Jadi, aku rasa aku tidak semudah itu meninggalkan seseorang yg aku kasih, aku tidak mudah juga untuk tawar hati.. Ungu.. Kita punya reason yg tidak sama. Andai benar kau tawar hati denganku, aku mahu juga ketahui kenapa engkau boleh tawar hati dgn aku. Semudah itukah hati kau menjadi tawar. Adakah perasaan itu sama ketika kau tawar hati dgn si Kent? Semoga persoalan2 ini terjawab di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment